Khidmat Pembaikan Kereta SPANCO Yang Ditenggelami Banjir

Musibah bencana banjir yang melanda di beberapa negeri pada Disember 2021 adalah dugaan terbesar yang tidak dijangka, terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor. Sebahagian besar mangsa banjir terpaksa menanggung kerugian yang dahsyat kerana kerosakan harta benda seperti kereta, rumah dan peralatan serta perkakasan di dalamnya.

Banyak kenderaan masih lagi tersadai di tepi jalan atau tempat letak kereta kerana rosak ditenggelami air akibat banjir teruk kali ini. Dalam memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan, keselesaan dan keyakinan mereka menjadi kepentingan utama SPANCO. Oleh itu, bagi kenderaan pelanggan SPANCO yang turut terjejas akibat banjir, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk melakukan pembaikan kenderaan:

photo_2022-01-02_12-04-53

1. Hubungi SPANCO

Segera hubungi Talian Bebas Tol 24 Jam SPANCO di 1800-88-6999 atau melaporkan kejadian banjir menerusi Aplikasi Mobil SPANCO untuk sebarang bantuan kecemasan yang melibatkan kenderaan SPANCO.

2. SPANCO Menghantar Trak Tunda Panel

Selepas laporan dibuat, SPANCO akan menghantar trak tunda panel untuk bantuan menunda kenderaan ke pusat servis SPANCO bagi tujuan pembaikan dan pembersihan kenderaan yang telah tenggelam akibat banjir.

3. Pembaikan dan Pembersihan

Pemeriksaan akan dilakukan dahulu pada kenderaan yang terjejas akibat banjir. Kemudian, Juruteknik SPANCO akan melakukan pembaikan dan pembersihan secara menyeluruh berdasarkan kerosakan yang dialami.

4. Pengambilan dan Pemulangan Kenderaan

Segala urusan pengambilan semula kenderaan yang telah siap disenggara akan dimaklumkan kepada pelanggan oleh Penasihat Servis SPANCO.

Setiap ujian dan dugaan yang dilalui pada tahun 2021 seperti penularan Covid-19 dan banjir besar perlu dijadikan sebagai kekuatan untuk melangkah ke tahun 2022. Marilah kita berusaha sama-sama untuk mengekang dan bebas daripada penularan wabak ini serta menjalani kehidupan seperti biasa. Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendaftarkan diri bagi menerima suntikan dos penggalak vaksin bagi melindungi diri dan orang sekeliling daripada varian baharu COVID-19.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Kerjasama Antara SPANCO Dan ILPKP Menguruskan Kenderaan Yang Terjejas Akibat Banjir

Ramai yang terkesan akibat banjir yang melanda beberapa negeri pada hujung bulan Disember 2021. Sebahagian besar mangsa banjir terpaksa menanggung kerugian yang dahsyat kerana...

4 Tanda Anda Perlu Menukar Penapis Minyak

Penapis minyak adalah komponen utama yang berfungsi untuk membersihkan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Ia akan memastikan kotoran...

Risiko Pengambilan Kafein Secara Berlebihan

Minuman berkafein seperti kopi digemari ramai hingga ia boleh menjadi satu ketagihan. Ramai antara kita yang gemar minum kopi terutamanya pada waktu pagi sebagai...

5 Restoran ‘Water-Side’ Popular di Lembah Klang

Bosan makan di tempat yang sama berulang kali? Jika anda menginginkan suasana makan bersama keluarga yang berbeza dan menarik, kunjungilah restoran ‘water-side’ untuk menikmati...

Kegunaan Gear Rendah Dalam Kereta Transmisi Automatik

Hampir semua kereta kini menggunakan transmisi automatik bagi memudahkan pemanduan. Walau bagaimanapun masih ramai pengguna kenderaan tidak mengetahui atau memahami kegunaan gear dalam kenderaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!