Tips Memandu Semasa Hujan Lebat

Musim hujan yang tidak menentu boleh membahayakan pemanduan di jalan raya. Pengguna jalan raya harus lebih bersedia untuk mengelakkan situasi tidak diingini berlaku terutamanya apabila hujan lebat dengan mengutamakan langkah-langkah keselamatan seperti berikut:

1. Elakkan Menekan Brek Apabila Kereta Tergelincir

Elakkan membrek apabila kereta anda tergelincir semasa melalui jalan licin atau terdapat air banjir. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan kereta terbabas akibat pelapik brek tidak lagi dapat mencengkam seperti sepatutnya. Cara terbaik untuk mengendalikan kereta anda adalah dengan mengawal stereng bagi menghalakan kenderaan ke arah yang lebih selamat.

2. Elakkan Memandu di Lorong Kanan

Elakkan memandu di lorong kanan semasa hujan lebat bagi menjauhi lopak air yang berbahaya. Kenderaan lain yang datang dari arah berlawanan mungkin melanggar lopak air tersebut lalu menyebabkan air terpercik memenuhi cermin hadapan kereta dan menghadkan penglihatan anda.

3. Berhenti di Hentian Rehat

Pemandu kenderaan digalakkan untuk berhenti di kawasan hentian rehat berdekatan atau tempat selamat jika hujan semakin lebat di kawasan pemanduan. Ia adalah langkah terbaik untuk menjaga keselamatan diri dan kenderaan serta mengurangkan risiko kemalangan akibat penglihatan terjejas oleh kabus dan cuaca yang gelap.

4. Jangan Memandu Terlalu Rapat Dengan Kenderaan di Hadapan

Jalan raya akan menjadi licin apabila hujan. Jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba, anda mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berhenti. Oleh itu, kekalkan jarak selamat dengan kenderaan lain di hadapan untuk mengurangkan risiko kemalangan.

car

5. Pandu Perlahan

Kelajuan melebihi 80km/j akan menyebabkan kenderaan anda meluncur ke hadapan kerana tayar tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya. Pastikan anda memandu kenderaan secara perlahan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

6. Beri Isyarat

Gunakan lampu isyarat untuk memberi isyarat awal ketika menukar lorong agar kenderaan di belakang dapat mengetahui pergerakan kenderaan anda pada musim hujan. Keadaan jalan raya yang semakin gelap dan kabus akan mengganggu penglihatan pemandu lain. Oleh itu, penggunaan lampu isyarat ini mampu memberi amaran kepada mereka untuk memperlahankan kenderaannya dan memberi laluan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!