Ketahui Punca-Punca Sakit Kepala!

Ramai antara kita menganggap sakit kepala merupakan masalah kesihatan yang biasa dialami akibat kekurangan tidur, terlalu penat atau kesan sampingan aktiviti lain. Tahukah anda sakit kepala yang kerap dialami mungkin menunjukkan anda mengalami ‘gangguan’ pada sistem tubuh? Ya, sakit kepala boleh berpunca akibat masalah kesihatan lain yang memerlukan perhatian seperti resdung atau sinus yang serius.

Oleh itu, adalah penting untuk kita mengenali punca sakit kepala agar boleh mendapatkan rawatan sewajarnya seperti berikut:

1. Tekanan

Sakit kepala jenis tekanan dikenali sebagai sakit kepala akibat pengecutan otot yang berlaku daripada tekanan emosi atau ketegangan fizikal. Sakit kepala ini boleh berlaku sebagai satu kejadian tunggal atau berulang-ulang dan ia kadangkala boleh berubah menjadi kronik sehingga berlaku dua kali atau lebih pada setiap minggu selama beberapa bulan atau tahun.

Tanda-tanda kesakitan ini ialah anda berasa kepala dihimpit atau ditekan diikuti sakit pada bahagian leher, bahagian tepi dahi dan bahu. Rawatan yang diperlukan untuk mengubati penyakit ini adalah bergantung kepada tahap kesakitan yang dialami oleh seseorang individu. Sekiranya anda mengalami sakit kepala jenis tekanan, segera dapatkan rawatan di klinik atau pusat perubatan berdekatan.

2. Sinus

Apabila anda sering mengalami sakit kepala diikuti masalah kesihatan lain seperti selesema, hidung tersumbat dan berair, ia menunjukkan punca sakit kepala ini adalah akibat jangkitan sinusitis. Gejala yang biasa dialami pesakit sinus adalah rasa sakit ketika membongkok, lebih sensitif dengan perubahan cuaca dan suhu, demam, selesema teruk sehingga mengganggu deria bau dan sakit kepala teruk pada awal pagi.

Masalah sinus yang tidak ditangani dengan baik boleh memberi komplikasi lebih teruk termasuklah jangkitan merebak ke bahagian otak yang boleh menjejaskan fungsi lain seperti penglihatan, pertuturan dan sawan jika ia sudah memasuki peringkat lebih serius. Oleh itu, lakukan pemeriksaan segera jika anda mengalami sakit kepala dengan simptom sinus bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.

3. Migrain

Migrain adalah salah satu jenis sakit kepala yang berada dalam kategori pertama. Ia biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang kala sakit ini juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, kemudian beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4 hingga 72 jam.

Gejala yang dialami sekiranya anda mengalami migrain adalah mual dan muntah, mata menjadi lebih sensitif terhadap cahaya, pening, kebas melampau pada muka dan sakit hanya berlaku di sebelah kepala terutamanya berdenyut pada satu sisi kepala sahaja.

4. Kluster

Sakit kepala jenis kluster berlaku akibat terdapat pendarahan atau ketumbuhan di dalam kepala yang perlu dikenal pasti bagi mengatasinya. Tidak seperti migrain, sakit kepala kluster ini selalunya terjadi berulang pada waktu yang sama setiap hari atau setiap musim.

Pendarahan yang besar boleh menyebabkan edema atau bengkak dan kadar kesakitan yang sangat sakit. Ia menyebabkan kesakitan yang berasa seperti ledakan kepanasan pada sebelah bahagian kepala dan mungkin mempunyai simptom seperti mata merah dan hidung tersumbat pada belah yang sama dengan sakit kepala tersebut.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!