Tips Keselamatan Penggunaan Elektrik Pada Musim Tengkujuh

Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang adalah antara negeri-negeri yang mengalami dugaan terbesar tahun ini akibat dilanda banjir teruk ekoran hujan lebat berterusan. Sangat penting untuk kita mengambil langkah keselamatan sebelum dan semasa menghadapi banjir khususnya dalam pengendalian perkakasan elektrik. Berikut disenaraikan beberapa panduan keselamatan elektrik yang boleh anda amalkan sepanjang musim tengkujuh ini:

Semasa Banjir

1. Elakkan Penggunaan Elektrik

Jangan guna barang elektrik sewaktu banjir untuk mengelakkan berlakunya litar pintas yang boleh meragut nyawa akibat kebocoran arus.

2. Tutup Suis Utama

Sejurus mendapati air banjir semakin meningkat pastikan anda segera menutup suis utama untuk mengelakkan berlakunya litar pintas yang boleh merosakkan perkakasan elektrik serta menyebabkan kerosakan lain dalam rumah.

3. Jangan Sentuh Peralatan Elektrik

Jangan sesekali menyentuh sebarang peralatan atau kabel elektrik yang terendam dalam banjir walaupun ia bersalut dengan penebat. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kecederaan renjatan elektrik sehingga meragut nyawa.

4. Letak Peralatan Elektrik di Tempat Tinggi

Pastikan anda meletak peralatan elektrik seperti peti sejuk, ketuhar, televisyen, periuk nasi, mesin basuh dan sebagainya di tempat yang tinggi dan selamat supaya tidak ditenggelami atau terkena air banjir.

5. Hubungi TNB

Anda digalakkan menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekiranya ternampak kejanggalan berkaitan pepasangan TNB yang terkesan akibat banjir melalui talian TNB CareLine di 15454 atau Facebook TNB CareLine.

tnb 2
Sumber : Facebook Tenaga Nasional Berhad

Selepas Banjir

1. Tutup Suis Utama Papan Agihan

Pastikan anda menutup suis utama di papan agihan selepas air banjir surut dan sebelum anda membersihkan peralatan elektrik atau pendawaian di rumah. Hal ini sangat penting untuk mengelakkan renjatan elektrik semasa kerja pembersihan atau apabila pihak utiliti menyambung semula bekalan.

2. Periksa Peralatan Elektrik

Pastikan semua peralatan elektrik diperiksa dan kering sepenuhnya sebelum anda menggunakannya semula. Elakkan penggunaan kelengkapan elektrik yang masih diragui keselamatannya.

3. Awasi Pergerakan Kanak-Kanak

Ibu bapa harus mengawasi anak anda supaya tidak menghampiri tiang elektrik yang tumbang dan kabel elektrik yang putus ketika banjir bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku semasa proses mengemas rumah.

4. Laporkan Kepada TNB Jika Terdapat Kerosakan Talian Elektrik

Segera hubungi pihak TNB sekiranya terdapat kerosakan tiang lampu, tiang elektrik, wayar putus dan lain-lain di kawasan perumahan anda. Ia sangat penting untuk mengelakkan berlakunya kemalangan akibat kebocoran arus.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!