5 Panduan Penjagaan Kesihatan Ketika Banjir Melanda

Penjagaan kesihatan sangat penting terutamanya dalam situasi berlakunya banjir. Pada masa sukar ini, anda diingatkan untuk tidak melupakan penjagaan kesihatan kerana anda mungkin terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit, demam kepialu dan sebagainya akibat air banjir yang tercemar. Disenaraikan beberapa panduan yang perlu diamalkan bagi menjaga kesihatan anda seperti berikut:

1. Minum Air Masak Atau Yang Dibotolkan

Sentiasa minum air besih bagi menjaga kesihatan dan mengelakkan kejadian penyakit bawaan air. Anda juga digalakkan untuk meminum air masak kerana kebersihannya adalah lebih terjamin atau anda boleh minum air yang telah dibotolkan.

2. Makan Makanan Sihat

Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anda dan meningkatkan risiko keracunan makanan, kolera, demam tifoid atau demam kepialu, Hepatitis A dan Acute Gastroenteritis (‘AGE’).

3. Jaga Kebersihan Diri

Sentiasa amalkan penjagaan kebersihan diri iaitu membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan dan selepas menyentuh barang-barang yang telah dicemari oleh air banjir atau kumbahan (sewage). Ia sangat penting bagi menjamin kesihatan diri dan mencegah penyakit lain yang sering terjadi semasa musim banjir.

4. Dapatkan Suntikan Vaksin Mengikut Nasihat Doktor

Air banjir berkemungkinan besar membawa bakteria leptospira. Bakteria ini terdapat di dalam air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing dan sebagainya. Bakteria leptospira ini boleh memasuki tubuh manusia melalui luka, kudis, air tercemar yang memasuki mata atau menerusi makanan atau minuman yang tercemar. Oleh itu, dapatkan suntikan vaksin atau rawatan perubatan yang bersesuaian mengikut nasihat doktor jika anda terdedah pada air banjir.

5. Dapatkan Rawatan Segera

Air banjir boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit. Semasa banjir, bekas-bekas yang menakung air akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan anopheles. Ini menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan meningkatkan penyebaran penyakit bawaan nyamuk seperti Demam Denggi, Chikungunya dan Malaria.

Segera dapatkan rawatan di pusat pemindahan sementara atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika anda mengalami sebarang gejala penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, cirit-birit, batuk dan sebagainya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!