Amalan Pemakanan Sihat Menjamin Kesihatan Diri

Amalan makan secara sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sepanjang hayat. Pemakanan yang tidak sihat boleh menyumbang kepada beberapa masalah kesihatan yang serius. Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab individu untuk mengamalkan diet pemakanan sihat untuk menjamin kesihatan diri yang baik.

Makan secara sihat

Ramai mempunyai tanggapan salah apabila tercetusnya persoalan makan secara sihat. Banyak orang yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan mereka. Tahukah anda pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar?

Anda hanya perlu pastikan porsi pengambilan makanan adalah seimbang dan cukup mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh pakar kesihatan.

Amalan Pinggan Sihat

Disenaraikan amalan pinggan sihat untuk panduan makanan harian anda demi menjaga kesihatan diri seperti berikut:

Food pie chart on white background. Healthy balanced diet

1. Minum Air Secukupnya

Air memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama badan seperti melaraskan suhu badan, mengeluarkan toksin dalam badan, membawa nutrien dan oksigen ke sel serta mengawal keseimbangan elektrolit tubuh. Oleh itu, pengambilan air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari amat penting demi memastikan tubuh kekal sihat dan cukup hidrat.

2. Separuh Pinggan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sangat penting dalam pemakanan seimbang harian. Ia merupakan sumber makanan utama yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk kesihatan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga mempunyai kandungan kalori dan lemak yang rendah serta tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu, setiap orang wajib mengambil separuh pinggan makanan ini untuk menerima zat makanan yang secukupnya.

3. Suku Pinggan Sumber Karbohidrat

Nasi merupakan sumber makanan utama terutamanya bagi masyarakat Malaysia. Seringkali seseorang individu mengambil hampir satu pinggan penuh nasi ketika makan tengah hari atau malam. Tahukah anda porsi pengambilan sumber karbohidrat sebenarnya hanya suku pinggan sahaja?

Pengambilan karbohidrat secara berlebihan akan bertukar menjadi lemak dan tersimpan di dalam badan yang akhirnya menyebabkan berat badan anda meningkat. Oleh itu, pastikan anda hanya mengambil suku pinggan sumber karbohidrat bagi menjamin kesihatan yang baik.

4. Suku Pinggan Sumber Protein

Berdasarkan piramid makanan sumber protein terletak di aras ketiga yang menunjukkan bahawa ia perlu dimakan pada kadar yang berpatutan. Pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang yang disyorkan adalah suku pinggan sahaja bagi setiap hari.

Pengambilan protein berlebihan boleh menjejaskan kesihatan di mana ia menyebabkan kenaikan aras lemak tepu dalam darah yang akhirnya meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi kerana buah pinggang bekerja terlalu keras untuk membuang lebihan protein yang dimakan. Oleh itu, pastikan anda mengambil makanan dalam porsi yang betul untuk kesihatan yang baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!