Kerosakan Pada Kereta Akibat Muatan Berlebihan

Lebihan muatan dalam kenderaan akan menjejaskan keselamatan pemandu dan penumpang serta meningkatkan risiko kerosakan komponen kereta. Disenaraikan beberapa komponen kenderaan yang boleh mengalami kerosakan seperti berikut:

1. Sistem Suspensi

Muatan yang berlebihan boleh merosakkan sistem suspensi kereta akibat bebanan yang melampau. Tekanan berterusan dari semasa ke semasa akan memberi impak pada sistem suspensi hingga menjejaskan fungsinya. Penyerap kejutan, ‘spring’ dan ‘struts’ juga boleh mengalami kerosakan serta menyebabkan ketidakselesaan semasa memandu.

2. Tayar

Membawa muatan berlebihan akan meningkatkan risiko tayar kenderaan kehilangan udara secara perlahan-lahan. Beban yang berlebihan juga boleh menyebabkan tayar mengembung atau panas dan menjadi punca tayar cepat kempis.

3. Enjin

Enjin kenderaan juga akan mengalami kerosakan apabila kenderaan semakin berat. Hal ini kerana enjin akan mengalami tekanan apabila sentiasa perlu memberi ‘output’ yang lebih tinggi disebabkan penggunaan tenaga yang banyak untuk beroperasi.

Ia juga akan menyebabkan enjin mudah panas dan komponen enjin rosak lebih cepat. Selain itu, enjin juga perlu membakar lebih banyak bahan api untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan ia akan meningkatkan penggunaan bahan api.

4. Brek

Kenderaan yang membawa muatan lebih daripada kapisiti kereta akan menyebabkan pelapik brek cepat menipis. Hal ini akan menyebabkan jarak berhenti semakin bertambah semasa anda menekan pedal brek kerana pelapik brek akan hilang daya mencengkam.

Oleh itu, pastikan ketebalan pelapik brek tidak kurang daripada ¼ inci dan gantikan pelapik baru sekiranya ia kurang daripada ukuran tersebut agar anda dapat membrek dengan selamat.

5. Pengendalian Kenderaan

Beban yang berlebihan akan menjejaskan pengendalian kenderaan seperti ketidakstabilan kereta yang boleh menyebabkan kenderaan berpusing atau hilang kawalan. Kegagalan mengawal kenderaan boleh menyebabkan pemandu terlibat dalam kemalangan serta menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!