Tips Penjagaan Kesihatan Mata

Mata adalah antara organ penting yang perlu dijaga dengan baik. Tanpa penglihatan yang baik, rutin harian seseorang seperti memandu, makan, membaca dan lain-lain akan terjejas. Bagi memastikan kita dapat menikmati penglihatan yang jelas dan berpanjangan, disenaraikan beberapa tips mudah yang perlu diamalkan seperti berikut:

1. Jaga Pemakanan

Pemakanan yang sihat memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata. Seperti bahagian-bahagian lain pada tubuh, mata juga memerlukan set pemakanan khusus bagi mengekalkan fungsi retina serta kesihatan mata yang menyeluruh. Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan nutrisi penting seperti vitamin A dan C bagi kesihatan mata yang baik. Makanan seperti lobak merah, brokoli, anggur, susu, aprikot dan sebagainya sangat penting untuk kesihatan mata yang optimum.

2. Lindungi Mata

Pendedahan kepada sinaran ‘ultraviolet’ (UV) yang berpanjangan menyebabkan banyak masalah mata seperti katarak, kemerosotan makular, lapisan kornea terbakar (fotokeratitis) dan sebagainya. Bagi mengelakkan kerosakan mata daripada kesan cahaya matahari, pastikan anda memakai kaca mata perlindungan sinaran UV terutamanya apabila anda memandu kenderaan.

Selain itu, sekiranya anda menggunakan alatan berbahaya, perlulah sentiasa memakai kaca mata keselamatan bagi mengelakkan habuk dan bahan kimia daripada masuk ke dalam mata anda.

3. Hadkan Penggunaan Peranti Digital

Dunia digital telah mempengaruhi kehidupan harian dengan penggunaan gadjet dan komputer pada setiap hari. Menatap skrin telefon atau menghadap komputer terlalu lama boleh menjejaskan penglihatan anda dalam jangka masa panjang.

Hal ini berlaku kerana peranti elektronik digital memancarkan cahaya biru yang boleh menyebabkan ketegangan mata serta mendatangkan masalah lain pada mata. Oleh itu, elakkan melihat skrin yang terang bermula dua hingga tiga jam sebelum tidur, gunakan penapis skrin untuk mengurangkan paparan cahaya biru dan memakai cermin mata penyekat cahaya biru, cermin mata komputer berwarna kuning atau cermin mata dengan lensa anti-pantulan bagi menjaga kesihatan mata anda.

Woman look in ophthalmoscope to determine diopter in clinic

4. Lakukan Pemeriksaan Mata

Penglihatan semakin kabur? Mengalami masalah silau? Sekiranya anda merasakan kelainan pada penglihatan, segera lakukan pemeriksaan mata di klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan serta mengesan sebarang masalah berkaitan organ ini pada peringkat awal. Anda digalakkan untuk melakukan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali dalam masa setahun untuk menjamin kesihatan mata yang baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!