5 Aktiviti Hujung Minggu Yang Menarik!

Cuti hujung minggu merupakan masa berkualiti yang biasa diluangkan bersama keluarga atau rakan untuk menghilangkan stres setelah penat bekerja. Adakah anda berasa bosan melakukan aktiviti yang sama pada setiap hujung minggu? Marilah cuba aktiviti lain untuk pengalaman baharu seperti berikut:

1. Seni Tembikar

seni
Sumber : Facebook Paradigm Mall Petaling Jaya

Sekiranya anda seorang yang gemar mencuba sesuatu yang menarik, daftarkanlah diri ke kelas mempelajari seni tembikar. Pembuatan tembikar merupakan aktiviti yang paling seronok dan terapeutik bagi seseorang untuk menghilangkan stres dan kebimbangan yang dialami sepanjang minggu bekerja.

seni 1
Sumber : Facebook Paradigm Mall Petaling Jaya

Terdapat banyak kelas khas dan bengkel di Lembah Klang seperti Good Times DIY Pottery Studio yang boleh anda ikuti untuk mempelajari seni ini. Anda boleh membuat pelbagai objek dari tanah liat yang akan diajar oleh seniman yang berpengalaman dengan teknik tradisional. Tunggu apa lagi? Ayuh! Segera daftar dan nikmati aktiviti karya seni tembikar bersama keluarga atau rakan-rakan anda.

2. Kelas ‘Baking’

branch-paradigm-mall-PJ
Sumber : goodtimesdiy.my

Adakah anda seorang yang gemar makan kek tetapi tidak mengetahui cara membuatnya? Jangan risau, kini terdapat banyak kelas yang mengajar cara ‘baking’ sebagai satu aktiviti bersama rakan atau keluarga. Good Time DIY & Lifestyle Cafe di Paradigm Mall adalah tempat sesuai bagi anda mempelajari dan meluangkan masa menimba ilmu ‘baking’.

photo_2021-12-08_17-59-48
Sumber : Instagram @rw_william

Segala bahan mentah dan peralatan pembakaran disediakan dengan anda hanya perlu memilih jenis kek kegemaran untuk memulakan aktiviti ini. Strawberry Victoria Sponge Cake, Japanese Soft Cheese Cake, Cookies and Cream Chocolate Tart dan Classic French Cheese Tart adalah antara kek pilihan dibuat oleh pengunjung di sini.

3. Melukis

adult-art-classes
Sumber : Art & Bonding

Tahukah anda aktiviti melukis dan mewarna bukan sahaja mengasah kreativiti seseorang malah ia dapat menstabilkan emosi individu. Anda boleh meluangkan cuti hujung minggu dengan menghadiri kelas melukis di mana-mana studio berdekatan bersama keluarga, rakan atau bersendirian.

Terdapat banyak kelas yang kini menganjurkan aktiviti menarik seperti ini iaitu Art & Bonding Desa Sri Hartamas, My Craft Studio Damansara, Apollo Art Class Petaling Jaya dan sebagainya. Anda hanya perlu mengambil berus cat dan mula mencipta karya anda atas kanvas yang disediakan nanti.

4. Memancing

acheh
Sumber: Instagram @jayanath5

Seperti hobi yang lain, memancing merupakan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental seseorang. Anda boleh meluangkan waktu lapang dengan aktiviti berfaedah ini bersama keluarga atau rakan di port memancing berdekatan kawasan rumah atau di lokasi menarik lain untuk pengalaman baharu.

Antara lokasi memancing yang boleh anda kunjungi bagi menenangkan minda adalah Tanjung Harapan, Pulau Ketam, Pantai Jeram, Pulau Angsa, One Fanthom Bank dan lain-lain. Bawalah kumpulan rakan anda dan memancing di sini sambil menikmati pemandangan cantik di lokasi tersebut.

5. Berkelah

photo_2021-12-10_14-41-58
Sumber : Instagram @daily_sparks

Berkelah adalah antara aktiviti riadah sekeluarga yang menarik dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sekiranya anda seorang penggemar aktiviti luar, berkelah merupakan pilihan tepat untuk meluangkan masa sambil menikmati pemandangan alam yang menakjubkan.

Chinese family playing a guitar in the park

Pilih tempat yang sesuai sama ada di tepi pantai, pulau, air terjun, tasik atau di mana-mana lokasi mengikut keselesaan anda dan keluarga untuk aktiviti ini. Pastikan anda bawa bekalan makanan, tikar dan peralatan lengkap untuk menikmati perkelahan yang sempurna.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!