Tanda-Tanda Kerosakan ‘Timing Belt’

Timing belt’ merupakan salah satu komponen penting dalam enjin kenderaan. Ia berfungsi untuk menggerakkan komponen-komponen pada bahagian atas enjin yang dikenali sebagai ‘camshaft’ agar ia seiringan dengan pergerakan ‘crankshaft’ yang berada di bahagian bawah enjin kenderaan.

Timing belt’ adalah komponen yang diperbuat daripada getah untuk memutarkan ‘crankshaft’ iaitu komponen batang yang menggerakkan silinder dan memacu ‘camshaft’, alat yang menggerakkan injap enjin dalam kenderaan. Penggunaan getah membolehkan ia menyerap gegaran dan mengurangkan pengeluaran bunyi ketika berfungsi.

Kit of timing belt with rollers and pump on a white background

Kerosakan ‘timing belt’ boleh melibatkan kos yang sangat tinggi sekiranya komponen dalaman lain pada enjin turut rosak, patah atau retak. Bagi mengelakkannya, berikut disenaraikan beberapa tanda amaran ‘timing belt’ bakal atau telah mengalami kerosakan:

1. Bunyi Enjin Yang Kasar

Bunyi kasar yang datang daripada enjin kereta anda mungkin menunjukkan terdapat masalah serius pada ‘timing belt’. Apabila ‘timing belt’ kereta anda telah haus, ia akan menghasilkan bunyi yang luar biasa pada enjin kenderaan kerana ‘camshaft’ tidak dapat berputar seperti biasa. Lakukan pemeriksaan segera sekiranya anda mendengar bunyi kasar daripada enjin kenderaan untuk mengelakkan kerosakan komponen dalaman lain.

2. Asap Ekzos Berlebihan

Pengeluaran asap ekzos yang berlebihan merupakan salah satu tanda amaran ‘timing belt’ perlu diganti. Hal ini kerana ‘timing belt’ yang haus dan rosak akan menjejaskan proses pembakaran bahan api hingga menghasilkan asap ekzos yang banyak.

Oleh itu, sekiranya anda melihat asap ekzos berlebihan keluar secara tiba-tiba, ini mungkin merupakan petunjuk kerosakan dalam sistem dalaman kenderaan terutamanya ‘timing belt’.

3. Lampu Amaran Minyak Enjin Menyala

Lampu amaran minyak enjin akan mula menyala apabila sensor enjin kereta anda mengesan sebarang masalah berlaku pada enjin. ‘Timing belt’ yang rosak boleh menyebabkan lampu amaran ini menyala bagi menandakan terdapat masalah yang memerlukan perhatian segera.

Pastikan anda lakukan pemeriksaan segera di pusat servis kenderaan berdekatan untuk mengelakkan kerosakan komponen dalaman yang lain.

4. Kerosakan ‘Piston’ Dan ‘Valve’

Timing belt’ yang telah haus dan tidak lagi berfungsi dengan berkesan akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada ‘piston’ dan ‘valve’. Hal ini kerana ‘crankshaft’ dan ‘camshaft’ gagal berfungsi dan menyebabkan ‘piston’ dan ‘valve’ saling bertembung dan bersentuhan antara satu sama lain hingga menyebabkan kerosakan pada keseluruhan sistem.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!