Warisan Destar ‘Lang Menyongsong Angin’

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor dalam mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada yang lebih tinggi bagi menghidupkan warisan budaya yang tiada bandingan nilainya menerusi paparan koleksi 12 jenis destar terpilih sepanjang tahun 2021. Ia dipersembahkan setiap bulan menerusi PRIHATIN. Bagi edisi ke-12 dan yang terakhir kali ini, PRIHATIN mengetengahkan koleksi destar iaitu tanjak ‘Lang Menyongsong Angin’.

Tanjak adalah sejenis hiasan kepala yang unik digunakan oleh masyarakat Melayu sejak terun-temurun. Ia merupakan salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.

201105SPANCO-0521e(path)

Tanjak Lang Menyongsong Angin yang berasal dari negeri Pahang ini menggambarkan seekor helang yang terbang menyongsong angin. Secara falsafahnya ia bermaksud menentang arah, melawan arus atau tidak mengikut kebiasaan atau kelaziman yang biasa diamalkan.

Pemakaian tanjak ini dibezakan daripada cara pemakaian untuk kegunaan rasmi atau pada majlis biasa. Misalnya, untuk kegunaan rasmi, tanjak ini mempunyai tiga lapis atau tingkatan manakala, pemakaian biasa pula tiada lapis atau tingkat lebih rendah karangannya.

201105SPANCO-0540e (path)
Mempunyai tiga tingkatan bengkung yang dikemaskan dengan ikatan

Tanjak yang dipaparkan dalam edisi ini mempunyai cogan berbentuk bunga dan daun di bahagian hadapan tanjak. Keunikan tanjak ini pula terletak pada daun tanjak yang tegak pepat dan telunjuk sebelah kanannya adalah sedikit terkeluar. Ia mempunyai tiga tingkatan bengkung yang dikemaskan dengan ikatan dan pucuknya disorok di dalam bengkung.

201105SPANCO-0537e(path)

Berdasarkan Hikayat Melayu, pemakaian destar adalah merupakan suatu perkara yang sudah lama diamalkan dalam Alam Melayu dan merupakan salah satu warisan yang penting dan wajar dipertahankan nilai-nilai estetika dan keasliannya.
Oleh itu, ia telah menjadi kewajipan pada semua penggiat aktiviti warisan dan seni budaya Melayu dan orang ramai umumnya untuk menjaga dan memelihara warisan ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Kerjasama Antara SPANCO Dan ILPKP Menguruskan Kenderaan Yang Terjejas Akibat Banjir

Ramai yang terkesan akibat banjir yang melanda beberapa negeri pada hujung bulan Disember 2021. Sebahagian besar mangsa banjir terpaksa menanggung kerugian yang dahsyat kerana...

4 Tanda Anda Perlu Menukar Penapis Minyak

Penapis minyak adalah komponen utama yang berfungsi untuk membersihkan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Ia akan memastikan kotoran...

Risiko Pengambilan Kafein Secara Berlebihan

Minuman berkafein seperti kopi digemari ramai hingga ia boleh menjadi satu ketagihan. Ramai antara kita yang gemar minum kopi terutamanya pada waktu pagi sebagai...

5 Restoran ‘Water-Side’ Popular di Lembah Klang

Bosan makan di tempat yang sama berulang kali? Jika anda menginginkan suasana makan bersama keluarga yang berbeza dan menarik, kunjungilah restoran ‘water-side’ untuk menikmati...

Kegunaan Gear Rendah Dalam Kereta Transmisi Automatik

Hampir semua kereta kini menggunakan transmisi automatik bagi memudahkan pemanduan. Walau bagaimanapun masih ramai pengguna kenderaan tidak mengetahui atau memahami kegunaan gear dalam kenderaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!