5 Destinasi Wajib Cuti-Cuti Malaysia

Pastinya ramai kini sedang sibuk merancang percutian hujung tahun bersama keluarga dan rakan-rakan bagi meluangkan masa berkualiti. Bagi memudahkan anda untuk memilih destinasi yang sesuai, disenaraikan beberapa tempat menarik yang wajib anda kunjungi dalam senarai ‘Cuti-cuti Malaysia’ seperti berikut:

1. Pulau Pinang

escape
Sumber: Facebook Escape Theme Park

Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi percutian ideal yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang enak, tempat bersejarah, serta pelbagai tarikan yang menarik. Terdapat banyak lokasi popular yang boleh anda kunjungi seperti Bukit Bendera, ESCAPE Theme Park, The TOP Komtar, Kek Lok Si Temple, Pulau Jerejak, Dark Mansion, Avatar Secret Garden, muzium dan sebagainya yang pasti memberi pengalaman luar biasa.

menara komtar
Sumber: jomjalan.com.my @Chwung Choon Gaik

Tempat penginapan di Pulau Pinang juga sangat mudah untuk dicari pada kadar yang berpatutan. Pilihan makanan popular seperti Nasi Kandar, Char Koey Teow, Cendol, Mee Udang dan sebagainya juga boleh dinikmati di mana-mana.

nasi-kandar-eats.my_
Sumber: Nasi Kandar, eats.my, CHAN TAK KONG The Star

2. Melaka

makan angin & travel
Sumber: Facebook Makan Angin & Travel

Melaka Bandaraya Bersejarah sering menjadi destinasi pelancongan pilihan terutamanya untuk percutian hujung minggu. Kota A’ Famosa, Melaka River Cruise, Zoo Melaka, Jonker Walk, Menara Taming Sari, A Famosa Resort, Taman Buaya, Pantai Klebang, Muzium Kapal Selam, Jumpers Land dan Muzium Baba Nyonya merupakan lokasi popular yang wajib dikunjungi jika anda melawat negeri ini.

Homestay di melaka tempat menarik
Sumber: ibusyurga.blogspot.com

Selain tempat-tempat tersebut, Melaka juga terkenal dengan keunikan ‘chalet’ dan ‘homestay’ yang menawan. Anda juga boleh merancang melakukan hari keluarga atau ‘staycation’ yang menarik di Limastiga Homestay, Inap Desa Warisan Duyong, Puteri Qashrina Homestay, Homestay Masbro Village dan lain-lain rumah inap yang cantik dan selesa untuk menampung ramai tetamu.

nyonya
Sumber: Asam Pedas, Facebook @NyonyaRestaurantSS2

Memang tidak memadai untuk anda terokai kesemua tempat menarik di bandaraya bersejarah ini dalam masa yang singkat. Oleh itu, rancanglah percutian hujung tahun anda dengan baik agar dapat menikmati keindahan Melaka sepenuhnya!

3. Sabah

mabul fb tempat menarik di sabha
Sumber: Facebook @tempatmenarikdi sabha

Sabah adalah syurga dunia yang terletak di bahagian utara Borneo. Negeri ini mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan popular seperti pantai-pantai yang indah, lokasi menyelam yang hebat, hutan hujan dan sudah tentu Gunung Kinabalu yang terkenal sehingga ia menjadi destinasi pilihan ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

26170249_1817313405007019_7000094535965887294_o
Facebook : Jom Mendaki Gunung Kinabalu

Pelancong gemar merancang percutian ke negeri ini untuk melakukan aktiviti air seperti selam permukaan ‘snorkeling’, berkhemah, berkayak, ‘scuba diving’ dan sebagainya di pulau-pulau terkenal di sini. Antara pulau yang boleh anda kunjungi ialah Pulau Mabul, Pulau Manukan, Pulau Sipadan, Pulau Tiga, Pulau Mataking, Pulau Layang-Layang dan lain-lain.

desa
Sumber: Instagram @ilovekotakinabalu @candzcanders

Selain itu, terdapat juga tempat menarik lain yang boleh anda kunjungi sambil melakukan aktiviti ‘hiking’, berkhemah, melihat haiwan, belajar dengan lebih dekat tentang budaya, adat dan kesenian etnik-etnik di Sabah dan sebagainya. Antara lokasi popular untuk melakukan aktiviti tersebut ialah Desa Cattle Fairy Farm, Taman Negara Kinabalu, Lok Kawi Wildlife Park, Monsopiad Cultural Village, Rainforest Discovery Centre, Spa Ikan di Sungai Moroli dan Turtle Island Park.

64653304_647247142353967_2153683523486089216_n
Sumber: Ambuyat, Facebook Food Lover – Sabah

Jangan lupa untuk menikmati makanan menarik Sabah seperti Ambuyat, Kuih Jala, Barabbo, Amplang, Kuih Lidah Buaya, Hinava, Pinasakan dan lain-lain apabila anda kunjungi negeri indah ini.

4. Sarawak

christannathan astana
Sumber: Instagram @christannathan

Sarawak adalah negeri yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, kebudayaan dan tradisi yang sesuai untuk menjadikan ia sebagai tempat percutian bersama rakan dan keluarga. Ia terkenal dengan keindahan flora dan fauna menarik serta menjadi habitat kepada ribuan spesis tumbuhan dan haiwan.

gunung santubong

Sekiranya anda ingin lari dari hiruk-piruk kehidupan bandar dan menikmati alam sekitar yang indah, segera kunjungi Bumi Kenyalang bagi menerokai keindahan ciptaan Tuhan. Antara lokasi yang boleh anda kunjungi di sini ialah Gunung Santubong, Kampung Skuduk, Taman Negara Gunung Mulu, Kampung Budaya Sarawak, Astana, Banjaran Bengoh dan lain-lain tempat menarik yang pasti memberi pengalaman baru.

sarawak fb sarawaklaksa
Sumber : Facebook Sarawak Laksa

Sekiranya anda berpeluang menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan istimewa mereka seperti Laksa Sarawak, Mi Kolok, Umai, Aiskrim Gula Apong, Kek Lapis, Manok Pansoh, Linut, Lemantak, Nasi Goreng Dabai dan lain-lain. Hidangan-hidangan ini sangat unik dan cukup lazat untuk membuatkan anda cepat terliur.

5. Pahang

tm-yap-6VU2bqMfeVQ-unsplash

Pahang adalah sebuah negeri yang cukup bertuah, kaya dengan kawasan tanah tinggi dengan udara yang menyegarkan, hutan rimba dengan flora dan fauna yang terpelihara, pantai-pantai dengan pemandangan yang mempesona dan banyak lagi. Ia merupakan satu negeri terbesar di Semenanjung Malaysia yang pasti memberi pengalaman percutian yang menarik.

171060147
Sumber: Agoda

Samaada anda inginkan destinasi percutian di pantai peranginan yang cantik, pulau yang indah, kawasan peranginan di altitud tinggi, resort tepi pantai yang romantis ataupun di taman tema yang menyeronokkan, Pahang ada semua itu.

pahang
Sumber: Ikan Patin Tempoyak, mahamahu.com

Antara lokasi yang boleh anda kunjungi di negeri indah ini adalah Cameron Highlands, Taman Negara Sungai Relau, Air Terjun Pelangi, Gunung Tahan, Gunung Rajah, Pulau Tioman, Pantai Cherating, Santuari Gajah Kuala Gandah, Santuari Penyu Cherating, Muzium Masjid Sultan Abdullah dan sebagainya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!