Tip Pemanduan Selamat Elak Kawasan Titik Buta

Terdapat banyak kes kemalangan jalan raya yang berlaku disebabkan oleh pengabaian terhadap titik buta kenderaan. Ia merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pemandu kenderaan. Sebagai pemandu berhemah adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui titik buta kereta sendiri dan kenderaan lain yang berhampiran. Hal ini kerana ia boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan.

Definisi Titik Buta Kereta

Titik buta atau juga dikenali sebagai ‘blind spot’ adalah kawasan disekeliling kenderaan yang tidak boleh dilihat secara langsung oleh pemandu. Titik buta setiap kenderaan berbeza-beza bergantung kepada reka bentuk yang menyebabkan pemandu tidak dapat melihat aktiviti sekitar kenderaan melalui cermin pandang belakang, cermin sisi atau peranti kamera kenderaan.

Pandangan pemandu akan terhalang oleh sudut pandangan yang terlindung. Dimensi dan reka bentuk kenderaan serta jarak kedudukan antara pemandu dan stereng boleh mempengaruhi saiz dan kedudukan titik buta. Semakin besar dan tinggi kenderaan, semakin besar zon titik buta terhasil.

Oleh itu, pengawasan terhadap kawasan titik buta kenderaan sangat penting bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya akibat masalah had penglihatan ini.

Asphalt with cars on a road with blind spot assistant

Cara Mengatasi Masalah Titik Buta

1. Perhatikan Sekeliling Kenderaan

Sebelum menukar lorong atau haluan anda, toleh sedikit ke sebelah kanan dan kiri bagi memastikan tiada kenderaan yang ada berhampiran kereta anda. Ia boleh membantu menjamin keselamatan perjalanan anda.

2. Gunakan ‘Signal’

Gunakan lampu isyarat atau dikenali sebagai ‘signal’ untuk memberi isyarat awal sebelum bergerak agar kenderaan di belakang dapat mengetahui pergerakan kenderaan anda. Ia juga mampu mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh mendatangkan kecelakaan.

3. Laraskan Cermin Sisi Dan Cermin Pandang Belakang

Sesuaikan kedudukan cermin sisi dan cermin pandang belakang agar dapat memberikan sudut pandangan yang lebih luas. Penggunaan cermin atau peranti kamera tambahan boleh memberi manfaat tambahan kepada keselamatan anda di jalan raya.

4. Pastikan Jarak Selamat Kenderaan

Mengekalkan jarak selamat antara sesebuah kenderaan terutamanya kenderaan berat seperti lori, bas, treler dan sebagainya adalah sangat penting bagi mengelakkan berada dalam kawasan titik buta mereka. Pastikan kenderaan anda berada sekurang-kurangnya 10 meter daripada kenderaan di hadapan agar pemandu tersebut dapat melihat pergerakan kereta anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!