Kepentingan Kesihatan Jantung

Jantung merupakan otot yang paling penting dalam tubuh dan ia merupakan salah satu kunci kepada kesihatan kita. Penjagaan kesihatan jantung sangat penting untuk mengekalkan fungsinya dengan baik. Namun demikian, saban tahun jumlah kes penyakit berkaitan kardiovaskular di negara kita semakin meningkat.

Serangan jantung boleh berlaku apabila pengaliran darah di bahagian jantung terhalang. Keadaan ini terjadi akibat pengumpulan lemak, kolesterol dan bahan-bahan lain yang membentuk plak pada dinding arteri jantung. Kajian menunjukkan mereka yang kurang bersenam atau mempunyai pekerjaan yang tidak melibatkan aktiviti fizikal lebih berisiko tinggi untuk terkena serangan jantung.

Simptom Serangan Jantung

Pelbagai simptom boleh dialami oleh mereka yang terkena serangan jantung. Antaranya ialah:

•Rasa loya.
•Kelesuan.
•Sesak nafas.
•Sakit di bahagian kiri dada.
•Pening kepala.
•Berpeluh sejuk.
•Pedih ulu hati atau sakit abdomen.
•Sakit dan tidak selesa di bahagian atas tubuh.
•Sakit lengan kiri yang menjalar ke leher, dagu atau belakang badan.

Chelation Therapy

Cara Mudah Penjagaan Kesihatan Jantung

Setiap individu digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam selain menjaga pemakanan, mengawal berat badan dan tidak merokok. Antara aktiviti paling mudah untuk dilakukan setiap hari adalah dengan berjalan sebanyak 6,000 hingga 10,000 langkah setiap hari. Berikut adalah cara mudah untuk anda melakukan aktiviti berjalan dimana-mana sahaja:

•Jika menggunakan pengangkutan awam, berhenti jauh sedikit daripada destinasi supaya anda dapat berjalan.
•Berjalan selama 15 minit sebelum memulakan pemanduan ke tempat kerja anda, jika anda memandu.
•Gunakan tangga sebagai alternatif untuk naik atau turun ke tingkat anda.

Faedah Berjalan Kaki:

•Mengawal tekanan darah.
•Meningkatkan paras tenaga.
•Menurunkan paras kolesterol.
•Menguatkan otot tubuh dan tulang.
•Mencegah serangan jantung dan strok.
•Memulihkan tidur dan mencegah insomnia.
•Meningkatkan fungsi organ dan sistem ketahanan tubuh.
•Menyegarkan badan, meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.

Senang bukan! Mulakan aktiviti berjalan kaki anda sekarang dan nikmati faedahnya serta merta.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!