Satu majlis penyerahan kereta Proton X70 Standard kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah berlangsung di Pusat Servis Wilayah SPANCO Batu Caves pada 15 November 2021 yang lalu.
Sejumlah 3 unit daripada 14 unit kereta Proton X70 Standard telah diserahkan pada hari tersebut sebagai kereta jabatan yang akan digunakan untuk tugasan harian JAKOA. Penyerahan kenderaan ini telah disempurnakan oleh wakil pihak SPANCO, Eksekutif Akaun, Encik Muhammad Aizat Bin Mohammad Fadzir kepada Ketua Pembantu Tadbir JAKOA, Encik Muhammad Zamri Bin Ab Kadir.
Kenderaan Proton X70 yang dibekalkan secara konsesi bagi tempoh 5 tahun oleh SPANCO ini dapat membantu JAKOA selaras dengan misinya untuk memperkasa masyarakat Orang Asli di kawasan luar bandar ke arah pembangunan holistik.
Pada masa yang sama, dengan penambahan aset kenderaan ini dapat membantu memudahkan pergerakan serta melancarkan urusan tugasan harian JAKOA dan Komuniti Orang Asli agar penyampaian dan bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada Komuniti Orang Asli lebih mudah, pantas dan berkesan.