Restoran Baba Nyonya Terkenal Di Lembah Klang

Makanan Baba dan Nyonya adalah antara makanan terkenal di Malaysia. Keunikan masakan gabungan budaya Cina dan Melayu sentiasa mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Makanan ini juga sangat terkenal di negeri Melaka dan pelancong yang melawat negeri tersebut memang tidak pernah melepaskan peluang untuk menikmati makanan sedap ini.

Walaupun ia terkenal di negeri tersebut, orang ramai masih boleh menikmati makanan ini di Lembah Klang kerana terdapat banyak kedai makanan yang kini menyediakan hidangan Baba dan Nyonya. Disenaraikan beberapa restoran yang boleh anda kunjungi untuk menikmati makanan lazat kegemaran ramai ini:

1. Restoran Nyonya

nyonya
Asam Pedas, Sumber: Facebook @NyonyaRestaurantSS2

Restoran Nyonya yang terletak di SS2 Petaling Jaya sangat terkenal untuk menu hidangan Baba Nyonya yang klasik sejak tahun 1974. Hidangan terkenal restoran ini adalah Ikan Asam Pedas, Sambal Udang Petai, Ayam Kapitan, Sayur Paku Lemak dan sebagainya. Kini anda boleh menikmati makanan mereka di mana-mana sahaja kerana terdapat servis penghantaran makanan yang disediakan oleh mereka.

2. Baba’s Rootz

babaa rotz 1 fb
Sumber: Facebook @babasrootz

Baba’s Rootz bukan sahaja menawarkan makanan yang enak, malah konsep ruang makanan dalam rumah bungalow dengan dekorasi klasik membuatkan ia terkenal dalam kalangan pengunjung. Setiap pengunjung dapat menikmati makanan lazat seperti masakan buatan rumah sendiri.

babaa rotz
Pie Tee, Sumber: Facebook @babasrootz

Acar Nyonya, Nasi Ulam, Laksa Asam Lemak, Acar Ikan, Pai Tee adalah antara hidangan tersedap di restoran ini. Acar Nyonya buatan sendiri pula sentiasa mendapat sambutan hangat pelanggan sehingga ia perlu ditempah tiga hari awal jika anda ingin menikmati hidangan khas ini.

babaa rotz 2 acar ikan
Acar Ikan, Sumber: Facebook @babasrootz

3. Big Baba

big baba fb 1
Sumber: Facebook @bigbaba

Big Baba yang terletak di Taman Desa, Kuala Lumpur menyediakan hidangan dan resipi asli golongan Peranakan daripada keluarga Wee Kampung Lapan, Tengkera Melaka. Selain menikmati makanan yang lazat, reka bentuk dalaman yang cantik, astetik dan berkonsepkan klasik menyebabkan restoran ini popular dalam kalangan pengunjung.

big baba fb
Kerabu Timun Nenas, Sumber: Facebook @bigbaba

Kerabu Timun Nenas, Pong Teh Chicken, Asam Pedas, Crispy Cili Garam Fish, Ayam Buah Keluak dan sebagainya adalah antara makanan terkenal di Big Baba. Jangan lupa menikmati juadah sedap warisan Baba Nyonya di sini sekiranya anda berada di kawasan Kuala Lumpur!

4. Sarang Cookery

image
Sumber: timeout.com

Sarang Cookery menawarkan hidangan lazat Peranakan di ruang mereka yang berwarna-warni dan estetik di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai jenis hidangan buatan sendiri yang disediakan khas untuk para pelanggan mereka untuk menjamu selera bersama keluarga atau rakan-rakan.

sarang
Udang Galah Sambal Petai + Belimbing Buluh, Sumber: Instagram @sarangcookery

Nasi Ulam, Udang Galah Sambal Petai, Mee Siam Special dan sebagainya adalah antara makanan terkenal di tempat ini. Terdapat juga pencuci mulut unik resipi pemilik restoran ini iaitu ‘Gula Melaka Crepe’, yang turut mendapat sambutan hangat pengunjungnya.

5. Nyonya Colors

nyonya colors
Sumber: esg.com.my

Ingin menikmati kuih-muih tradisional Baba Nyonya? Nyonya Colors yang terletak di Empire Shopping Gallery, Subang menyediakan pelbagai jenis kuih-muih terkenal dan pencuci mulut warisan Peranakan bagi para pelanggannya.

nyonya colors 1

Ang Ku Kueh, Che Cheong Fun, Bubur Mak Chuk, Bubur Pulut Hitam, Hoon Kuih, Huat Kuih, Kuih Bengka, Lompang dan sebagainya boleh didapati di Nyonya Colors.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!