Ketahui 8 Gejala COVID-19 Sebelum Terlewat

Penularan pelbagai varian baharu virus COVID-19 yang bahaya dan mudah merebak adalah antara faktor peningkatan kes harian di negara kita. Oleh itu,setiap orang perlu lebih berhati-hati dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan selain duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan penting di luar.

Namun demikian, orang ramai perlu sentiasa peka dan memantau sebarang gejala COVID-19 supaya dapat mengambil tindakan awal dan tidak menyebarkan virus ini kepada orang lain. Dengan ini disenaraikan beberapa simptom-simptom COVID-19 yang perlu diberi perhatian seperti berikut:

1. Demam

Sentiasa peka terhadap kesihatan diri dan dapatkan rawatan segera seandainya anda mendapati badan semakin panas. Demam adalah antara gejala utama COVID-19 yang perlu anda awasi. Sekiranya suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius, segera lakukan pemeriksaan kendiri atau dapatkan rawatan di klinik berdekatan.

2. Batuk

Batuk berterusan atau lebih daripada tiga jam dalam tempoh 24 jam adalah simptom COVID-19 yang perlu diberi perhatian. Walaupun ia kelihatan batuk biasa, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital berdekatan bagi melindungi orang disekeliling anda.

3. Kehilangan Deria Rasa Dan Bau

Kehilangan deria rasa dan bau berlaku apabila virus COVID-19 menjangkiti sel-sel yang menyokong neuron di hidung. Sekiranya anda tidak dapat menghidu bau atau merasa makanan, segera lakukan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar.

4. Cirit-Birit

Sesiapa yang diserang oleh virus berbahaya ini mungkin mengalami masalah sistem pencernaan. Ia boleh dialami sama ada secara bersendirian atau dengan gejala pernafasan. Kenali simptom terawal gejala ini dan dapatkan rawatan segera bagi melindungi diri dan insan tersayang.

5. Sakit Kepala

Sakit kepala secara berterusan dengan demam? Malah lebih teruk daripada migrain? Orang ramai mengalami sakit di sebahagian kepala diikuti dengan selsema atau hidung berair. Lakukan isolasi kendiri dan dapatkan rawatan di klinik berdekatan. Sakit kepala wujud pada peringkat awal serangan virus yang mungkin dikaitkan dengan sindrom pernafasan akut teruk coronavirus 2 (SARS-CoV-2).

Rapid antigen test at home.

6. Sakit Tekak

Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika dibandingkan dengan patogen bakteria. Sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah adalah antara tanda yang perlu diberi perhatian.

7. Ruam

Selain gejala demam dan menyerang sistem pernafasan serta paru-paru, kajian membuktikan kegatalan kulit juga adalah antara simptom jangkitan COVID-19. Terdapat rekod pesakit mengalami gejala penyakit kulit sebagai petanda dijangkiti wabak ini. Lakukan pemeriksaan saringan COVID-19 sekiranya mengalami ruam seperti demam campak.

8. Keletihan Dan Kelesuan

Bagi kebanyakan orang yang mempunyai COVID-19, keletihan adalah gejala yang agak biasa. Ia boleh membuat anda berasa bosan dan letih, menghilangkan tenaga dan menjejaskan keupayaan anda untuk menyelesaikan rutin kehidupan harian. Simptom ini bergantung pada tahap keseriusan jangkitan COVID-19 seseorang, ia mungkin berlanjutan 2 hingga 3 minggu.

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, segera lakukan ujian saringan COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Antigent) di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta atau menggunakan kit ujian kendiri saliva (air liur) yang boleh didapati di farmasi. Tindakan awal mengesan jangkitan dalam diri dapat membantu membendung penularan wabak ini terhadap orang lain dan juga demi menjamin keselamatan diri sendiri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!