Bahaya Meletakkan Aksesori Di ‘Dashboard’ Kenderaan

Segelintir pemilik kenderaan mempunyai tabiat atau kegilaan untuk menghias kereta dengan meletakkan aksesori atau peralatan di atas papan pemuka atau ‘dashboard’ kenderaan. Tahukah anda perbuatan ini sangat berbahaya walaupun ia kelihatan cantik dari luar?

Menurut hantaran Facebook Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MKJR), penggunaan aksesori di papan pemuka boleh menambah risiko kecederaan pemandu dan penumpang dalam kereta ketika berlaku kemalangan. Hal ini kerana objek yang digunakan mungkin diperbuat daripada bahan yang boleh mudah pecah seperti kaca atau plastik dan tajam. Selain itu, ia juga berkemungkinan aksesori tersebut tidak dilekatkan secara kekal pada papan pemuka yang menjadi punya ia mudah terpelanting ke arah anggota badan penumpang kenderaan sekiranya terlibat dalam kemalangan.

Hal ini boleh menyebabkan pemandu dan penumpang mengalami kecederaan yang mungkin menyebabkan kecacatan anggota badan seperti mata, tangan, kaki dan sebagainya. Bukan sekadar itu, aksesori yang diletakkan pada kenderaan yang mempunyai fungsi beg udara juga mempunyai risiko tinggi kerana sistem beg udara tidak berupaya untuk berfungsi dengan baik disebabkan terdapat halangan.

Situasi ini boleh menjadi lebih teruk kerana objek tersebut akan terpelanting ke arah pemandu dan penumpang dengan kelajuan yang tinggi apabila sistem beg udara berfungsi semasa kemalangan. Oleh itu, setiap pengguna kenderaan perlu lebih berwaspada dengan fungsi dan ciri dalaman kenderaan agar ia tidak menjejaskan keselamatan diri akibat kecuaian individu.

Sentiasa ingat bahawa papan pemuka bukanlah suatu rak perhiasan yang boleh anda gunakan sebagai galeri pameran untuk menunjukkan gaya perhiasan anda. Bagi menjaga keselamatan pemandu dan penumpang, pastikan anda mengosongkan bahagian papan pemuka kenderaan agar tiada aksesori yang menggangu penglihatan pemandu atau menghalang sistem beg udara.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Tanda-Tanda Kerosakan ‘Timing Belt’

‘Timing belt’ merupakan salah satu komponen penting dalam enjin kenderaan. Ia berfungsi untuk menggerakkan komponen-komponen pada bahagian atas enjin yang dikenali sebagai ‘camshaft’ agar...

Waspada Ketika Memandu Waktu Malam

Statistik kemalangan maut di negara kita semakin hari semakin meningkat. Sikap cuai pemandu adalah antara penyebab utama nahas berlaku termasuk kemalangan pada waktu malam....

Warisan Destar ‘Lang Menyongsong Angin’

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor dalam mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada yang lebih tinggi bagi menghidupkan...

5 Destinasi Wajib Cuti-Cuti Malaysia

Pastinya ramai kini sedang sibuk merancang percutian hujung tahun bersama keluarga dan rakan-rakan bagi meluangkan masa berkualiti. Bagi memudahkan anda untuk memilih destinasi yang...

SPANCO Sumbang Proton Saga Kepada Yayasan Jantung Malaysia

Sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2021 SPANCO telah menyumbangkan sebuah kereta Proton Saga 1.3L kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM). Sambutan majlis yang diadakan pada...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!