Destar Sarang Kerengga

Dalam usaha mengangkat, menyuburkan dan memartabatkan warisan destar ke persada lebih tinggi, SPANCO menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor, bagi melaksanakan inisiatif menyuburkan warisan budaya ini menerusi paparan koleksi 12 jenis destar sepanjang tahun 2021 dalam PRIHATIN iaitu satu destar pilihan dalam setiap bulan. Bagi edisi ke-11 kali ini, PRIHATIN mengetengahkan koleksi destar Sarang Kerengga.

Destar Sarang Kerengga adalah ‘kembangan’ atau pecahan daripada destar Dendam Tak Sudah. Ia disebut sebagai Sarang Kerengga kerana daun ‘lambaian kasih’ yang berbentuk seakan-akan Sarang Kerengga yang tergantung. Pemakaian destar biasanya dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu.Pemakaian busana ini pada kebiasaannya akan dipadankan dengan bengkung, samping dan baju Melayu berserta keris.

destar 3
Menggunakan lima lipatan takuk

Destar Sarang Kerengga ini mempunyai dua ‘tunas kasih’ yang terletak di sebelah hadapan dan belakang destar. Ia menggunakan lima lipatan takuk dan kedudukan daun lambaiannya adalah terletak di sebelah kanan. Manakala kedudukan tunas kasih adalah selari dengan mata kiri.

Keunikan destar ini adalah asalnya direka, dilipat dan digunakan sendiri oleh Almarhum Tuanku Sir Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ketujuh sejak tahun 1898 sehingga tahun 1933. Ia juga pernah digunakan oleh Al-Marhum di dalam majlis adat istiadat diraja dengan warna rasminya adalah hitam bersulamkan benang emas.

201105SPANCO-0476e(selection)
Kedudukan tunas kasih adalah selari dengan mata kiri

Berdasarkan Hikayat Melayu, pemakaian destar ini adalah merupakan suatu perkara yang sudah lama diamalkan dalam Alam Melayu dan merupakan salah satu warisan yang penting dan wajar dipertahankan nilai-nilai estetika dan keasliannya.

Oleh itu, ia telah menjadi kewajipan pada semua penggiat aktiviti warisan dan seni budaya Melayu dan orang ramai umumnya untuk menjaga dan memelihara warisan ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!