Percutian Hujung Tahun Menarik Untuk Anak-Anak

Percutian hujung tahun sudah bermula dan ramai ibu bapa pasti sedang merancang destinasi percutian bersama anak-anak. Setelah lama terkurung dalam rumah akhirnya kita berpeluang untuk menikmati percutian hujung tahun terutamanya bagi kanak-kanak. Disenaraikan beberapa lokasi percutian menarik yang boleh anda kunjungi untuk meluangkan masa bersama keluarga:

1. Kidzania Kuala Lumpur

kidzania fb
Sumber: Facebook KidZania Kuala Lumpur

Ingin membawa anak-anak ke tempat dimana mereka boleh mempelajari ilmu baharu? Kidzania Kuala Lumpur merupakan lokasi ideal untuk mereka kerana ia mempunyai lebih 70 aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.

Mereka dapat belajar tentang kerjaya dalam kehidupan sebenar secara langsung dalam persekitaran pembelajaran yang menarik dan kondusif. Kanak-kanak juga akan didedahkan dengan nilai kemandirian, belajar untuk bekerjasama dan mempraktikkan asas kewangan untuk mereka mengenali realiti hidup dalam ruang yang kondusif.

kidzania fb 1
Sumber: Facebook KidZania Kuala Lumpur

Antara kerjaya menarik yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak di Kidzania termasuk tukang masak, juruterbang, doktor, doktor gigi, paramedik, pereka fesyen, bomba, doktor pakar bedah dan sebagainya.

2. Sunway Lagoon

sunway fb
Sumber: Facebook Sunway Lagoon Malaysia

 

Salah satu tempat yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa adalah Sunway Lagoon. Antara taman tema yang terbesar di Malaysia, Sunway Lagoon berkeluasan 88 ekar dan mempunyai enam zon berbeza untuk diterokai iaitu ‘Water Park’, ‘Amusement Park’, ‘Wildlife Park’, ‘Extreme Park’, ‘Scream Park’ dan ‘Nickelodeon Lost Lagoon’.

Kanak-kanak pasti berasa seronok di taman tema yang menawarkan pelbagai jenis permainan yang menarik sehingga tidak cukup sehari untuk menerokai sepenuhnya tempat ini. Dengan ‘roller coaster’, gelongsor air, rumah hantu dan sebagainya, taman tema ini pasti memberikan anda keseronokan penuh jeritan dengan gelak ketawa. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Sunway Lagoon terutamanya apabila ada tawaran promosi!

3. Zoo Negara

zoo fb 1
Sumber: Facebook Zoo Negara

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, kanak-kanak tidak mempunyai peluang untuk melihat pelbagai jenis fauna selain haiwan peliharaan di kawasan perumahan. Percutian inilah peluang emas bagi anda membawa mereka untuk menyaksikan pelbagai jenis haiwan di Zoo Negara.

Menempatkan lebih 500 jenis mamalia, burung, reptilia, ikan dan lain-lain, Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Selangor merupakan tempat sesuai untuk kanak-kanak yang gemarkan haiwan. Singa, harimau, orang utan, kuda belang, landak, gajah, burung, panda, tapir dan sebagainya boleh disaksikan di sini. Jangan lupa untuk membawa mereka ke bahagian ‘Dunia Kanak-Kanak’ di mana kanak-kanak boleh berlari bebas sambil dikelilingi haiwan seperti rusa, kambing, arnab, kura-kura dan kuda kecil.

4. Aquaria KLCC

aquaria fb
Sumber: Facebook Aquaria KLCC

Aquaria KLCC merupakan tempat pameran hidupan laut yang cukup menyeronokkan bagi kanak-kanak. Terkenal sebagai salah satu akuarium terbesar di Asia Tenggara, Aquaria KLCC menempatkan lebih 20,000 hidupan air dengan lebih 250 spesies berbeza dari dalam dan luar negara.

tunnel-in-the-aquaria-klcc-oceanarium
Sumber: Jom Jalan

Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga teruja untuk melihat segala jenis ikan dan haiwan laut yang memukau. Ikan jerung harimau, ikan pari, penyu, kerapu gergasi, ikan pemanah, ketam tapak kuda, sotong, pari gergasi ‘blotched fantail’ dan sebagainya boleh dilihat di sini.

5. Petrosains

playsmart_2

Petrosains adalah muzium sains interaktif kanak-kanak dan orang dewasa di mana anda dapat melihat, menyentuh, bermain dan berinteraksi dengan pameran yang disediakan. Tempat ini sangat sesuai bagi kanak-kanak untuk mempelajari ilmu sains dan teknologi dalam bentuk interaktif.

Dunia zaman dinosaur, angkasa lepas, sukan Formula 1, ilmu kimia, ‘3D Theater’, makmal teknologi dan sebagainya adalah antara zon penerokaan sains yang boleh dikunjungi oleh para pelancong di sini tanpa berasa bosan. Kanak-kanak juga boleh mendapatkan hadiah berkaitan sains di ‘XPLORASI gift shop’ sebagai kenangan mengunjungi Petrosains.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Tanda-Tanda Kerosakan ‘Timing Belt’

‘Timing belt’ merupakan salah satu komponen penting dalam enjin kenderaan. Ia berfungsi untuk menggerakkan komponen-komponen pada bahagian atas enjin yang dikenali sebagai ‘camshaft’ agar...

Waspada Ketika Memandu Waktu Malam

Statistik kemalangan maut di negara kita semakin hari semakin meningkat. Sikap cuai pemandu adalah antara penyebab utama nahas berlaku termasuk kemalangan pada waktu malam....

Warisan Destar ‘Lang Menyongsong Angin’

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor dalam mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada yang lebih tinggi bagi menghidupkan...

5 Destinasi Wajib Cuti-Cuti Malaysia

Pastinya ramai kini sedang sibuk merancang percutian hujung tahun bersama keluarga dan rakan-rakan bagi meluangkan masa berkualiti. Bagi memudahkan anda untuk memilih destinasi yang...

SPANCO Sumbang Proton Saga Kepada Yayasan Jantung Malaysia

Sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2021 SPANCO telah menyumbangkan sebuah kereta Proton Saga 1.3L kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM). Sambutan majlis yang diadakan pada...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!