Jenis-Jenis Dan Fungsi Lorong Di Lebuh Raya

Lebuh raya merupakan infrastruktur kemudahan yang menjadi nadi perhubungan darat utama di Malaysia. Ia sentiasa digunakan oleh pengguna jalan raya untuk menuju ke tempat kerja setiap hari atau ke destinasi-destinasi tertentu bagi pelbagai tujuan. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui atau memahami jenis dan fungsi setiap lorong di lebuh raya.

Tahukah anda kecuaian atau penyalahgunaan lorong-lorong di lebuh raya boleh menyebabkan kemalangan? Bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku, anda digalakkan untuk memahami fungsi dan penggunaan lorong yang betul seperti berikut:

  1. Lorong Kecemasan

Bahu jalan atau lebih dikenali sebagai lorong kecemasan merupakan laluan yang dikhaskan untuk tujuan kecemasan. Ia biasanya digunakan oleh pihak berkuasa untuk memberi bantuan kepada pengguna jalan raya yang berdepan masalah termasuk kemalangan.

Namun, terdapat segelintir pengguna jalan raya yang bersikap tidak bertanggungjawab gemar menggunakan laluan tersebut sesuka hati mereka untuk kepentingan diri sendiri. Terdapat juga individu yang tidak berhemah menggunakan lorong kecemasan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memotong barisan.

Lorong kecemasan adalah dikhaskan untuk kegunaan ambulans, Bomba dan Penyelamat, Polis, agensi-agensi penguatkuasaan dan kenderaan yang rosak atau dalam situasi kecemasan. Lorong ini juga memudahkan mereka keluar daripada aliran trafik dengan selamat dan tidak menyebabkan kawasan lebuh raya sesak sekiranya berlaku kerosakan kenderaan atau terlibat dalam kemalangan.

2. Lorong Perlahan

Lorong perlahan yang terletak di sebelah kiri lebuh raya adalah laluan yang biasa digunakan oleh pemandu kenderaan berat seperti lori, bas dan kenderaan yang bergerak perlahan.

Pemandu kenderaan berat tidak digalakkan untuk memandu secara berterusan di lorong paling kanan di mana-mana lebuh raya kecuali untuk memotong sahaja. Hal ini bagi membendung berlakunya kesesakan atau kemalangan jalan raya.

3. Lorong Tengah

Lorong tengah di lebuh raya disediakan untuk membolehkan sesebuah kenderaan memotong kenderaan lain yang lebih perlahan seperti lori, bas atau kenderaan ringan lain. Ia juga adalah laluan kenderaan ringan yang bergerak laju tetapi bukan selaju di lorong kanan.

4. Lorong Kanan

Lorong kanan adalah laluan yang digunakan oleh kenderaan laju untuk bergerak pantas di lebuh raya. Ia juga adalah laluan memotong bagi kenderaan ringan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!