6 Makanan ‘Viral’ Yang Kini Menjadi Kegilaan

Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat berbilang kaum dan kepelbagaian makanan. Selain makanan tradisional yang popular, kini muncul beberapa makanan ‘viral’ yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Disenaraikan beberapa makanan yang telah viral baru-baru ini agar anda juga tidak terlepas peluang daripada mencuba makanan tersebut:

1. Maggi ‘Cheese’

maggi-removebg-preview
Sumber: Instagram @mazaliffahmdesa

Maggi dengan keju atau ‘cheese’? Nampak pelik tetapi ia adalah makanan viral yang mendapat sambutan orang ramai. Maggi yang biasanya dimakan dengan sup atau goreng kini telah diinovasikan dengan menambah satu lagi bahan kegemaran rakyat Malaysia iaitu keju ketika memasak agar menambah selera makanan mereka.

Walaupun pada mulanya ramai teragak-agak untuk mencuba resipi baharu ini, ia kini telah menjadi antara makanan kegemaran mereka sehingga boleh didapati di kebanyakkan restoran termasuk kedai mamak.

2. Piza Durian

photo_2021-10-20_18-08-36

Durian dikenali ramai sebagai raja buah. Musim durian setiap tahun sentiasa dinanti-natikan oleh rakyat Malaysia. Buah ini juga kini telah diinovasikan dalam pelbagai jenis hidangan seperti kek, tart, bubur dan sebagainya.

Tidak terlepas juga ‘Piza Durian’ yang diperkenalkan pada setiap musim durian bagi mempelbagaikan selera makanan rakyat Malaysia termasuk pelancong. Oleh itu, jangan melepaskan peluang mencuba piza durian apabila tiba musimnya kelak.

3. ‘Burger Cheese’ Meleleh

osama-bgid-uOsGAtKos8g-unsplash

Keju dan rakyat Malaysia tidak boleh dipisahkan kerana hampir semua makanan kini dihidangkan bersama keju. Orang ramai suka makan keju sehingga wujudnya konsep ‘cheese meleleh’ di gerai dan restoran.

Selain Maggi, ‘Burger Cheese’ Meleleh adalah antara makanan viral yang kini boleh didapati di kebanyakkan tempat. Ramai sanggup beratur panjang demi mendapatkan sebiji burger kerana keenakan hidangan ini. Terdapat pelbagai jenis burger yang berkonsepkan keju seperti Burger Bakar Cheese Meleleh, Charcoal Cheese Burger, Burger Cheese Meleleh Tarik Panjang dan sebagainya boleh didapati di gerai Burger atau restoran tertentu.

4. Nasi Kahwin Hari Hari

240912614_1781513172238682_547549552098970696_n
Sumber: Facebook Nasi Kahwin Hari Hari

Teringin makan nasi kenduri kahwin? Jangan risau, anda boleh melepaskan rasa keinginan makan makanan ini di gerai Nasi Kahwin Hari Hari yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Nasi kenduri utara ini dihidangkan bersama Nasi Hujan Panas, Ayam Rose Terangkat, Ayam Dua Madu, Daging Masak Hitam, Dalca Utara Dan Acar Timur. Ia juga digelar sebagai makanan jalanan tradisi Malaysia oleh para pelanggannya yang sanggup beratur panjang demi menjamu selera di gerai ini.

5. Roti Jala Jelita

photo_2021-10-20_15-16-50
Sumber: Instagram @rotijala_alishamom

Roti jala yang juga dikenali sebagai roti kirai or roti renjis adalah sejenis kuih tradisional Malaysia. Ia biasanya dimakan pada waktu pagi atau petang bersama kari ayam dan secawan teh.

Kalau dahulu sebut sahaja roti jala kita akan terbayang roti kirai gulung berwarna kuning yang dimakan bersama kuah kari. Kini ia telah diinovasikan dengan pelbagai warna dan bentuk yang cantik sehingga ia dijadikan sebagai hadiah atau buah tangan istimewa untuk insan tersayang oleh pengusaha roti jala jelita.

Roti jala berbentuk tembikai, bunga ros, lobak merah, dwi warna, coklat, kek dan sebagainya boleh didapati sekarang. Ramai memulakan perniagaan kecil roti jala dengan mengambil tempahan untuk pelbagai keraian melalui laman media sosial.

6. Daging Harimau Menangis

photo_2021-10-22_16-54-44
Sumber: Instagram @hanythaikitchen.hq

Daging harimau menangis yang tular bukanlah daging harimau tetapi ia merupakan bahagian daging lembu paling lembut yang terletak pada celah peha bahagian kaki belakang lembu. Ia sangat mudah untuk dimasak dan enak untuk dinikmati kerana isinya sangat lembut.

Daging harimau menangis biasanya dimasak dengan membakarnya bersama rempah ratus dan menikmatinya bersama kuah pencicah yang melengkapkan lagi rasa lemak yang enak. Ia kini boleh didapati dengan mudah di kedai atau laman sesawang atas talian dengan harga berpatutan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!