Risiko Makanan Berminyak Terhadap Kesihatan

Makanan berminyak mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Ia merupakan antara makanan yang boleh menjejaskan kesihatan. Pengambilannya yang tidak dikawal dengan baik dan teratur boleh mengundang pelbagai penyakit. Berikut merupakan antara risiko yang boleh menjejaskan kesihatan individu yang tidak mengawal pengambilan makanan berminyak:

1. Gangguan Sistem Pencernaan

Makanan berminyak seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, kerepek dan sebagainya merupakan makanan yang mempunyai kandungan lemak tinggi. Sistem pencernaan memerlukan masa yang lama untuk proses makanan tersebut. Hal ini kerana lemak memerlukan enzim pencernaan dan jus pencernaan atau ‘digestive juice’ untuk memecahkan lemak tersebut dalam sistem pencernaan.

Selain itu, sistem pencernaan juga akan berkerja lebih keras untuk memecahkan lemak daripada makanan dan sering menyebabkan perut kembung, loya dan rasa tidak selesa selepas makan makanan berminyak secara berlebihan.

2. Peningkatan Kadar Kolesterol

Lemak tepu seperti kulit ayam, daging, minyak kelapa, minyak sapi, piza, makanan tenusu dan sebagainya cenderung menjadi padat pada suhu bilik kerana ia merupakan kolesterol jenis tidak baik atau lebih dikenali sebagai kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (Low-Density Lipoprotein – LDL).

Pengambilan makanan berasaskan lemak tepu ini boleh meningkatkan kadar kolesterol LDL dalam darah. Lama-kelamaan kandungan lemak tersebut akan menghalang dinding arteri dan menghadkan peredaran darah. Pembentukan plak kolesterol juga mendedahkan seseorang terhadap penyakit kronik.

Fryer from the food net is lowered into boiling oil in an outdoor fast-food restaurant. Close-up

3. Obesiti

Makanan yang mengandungi kandungan lemak tinggi biasanya mempunyai banyak kalori. Makanan yang dimasak menggunakan minyak akan menyumbang kepada peningkatan obesiti kerana ia mempunyai kandungan lemak trans yang tinggi.

Kandungan lemak tersebut akan meningkatkan berat badan anda kerana badan individu tidak dapat membakar lemak tersebut dengan mudah. Ia secara tidak langsung mendedahkan anda terhadap penyakit kronik lain seperti kencing manis, kanser, sakit jantung dan lain-lain.

4. Penyakit Kanser

Makanan digoreng mempunyai kandungan lemak tinggi khususnya bagi makanan yang dimasak dalam suhu tinggi. Ia mengandungi kanji dan bahan yang dikenali sebagai akrilamida. Makanan seperti kentang goreng dan roti adalah antara makanan yang mempunyai kanji tinggi.

Akrilamida ini sering dikaitkan dengan risiko peningkatan kanser dan ia merupakan sejenis toksik dalam tubuh badan. Pastikan anda mengawal pengambilan makanan jenis ini bagi mengurangkan risiko penyakit kanser.

5. Meningkatkan Risiko Serangan Jantung

Pengambilan makanan bergoreng dan berminyak menyebabkan lemak tepu terkumpul pada arteri. Ia akan menghalang peredaran darah ke jantung sekaligus meningkatkan risiko serangan jantung.

Orang ramai perlu sedar dan mengawal pengambilan makanan berasaskan minyak. Anda boleh menukar kaedah masakan dengan mengukus, membakar, menggantikan minyak masak kepada minyak sayuran dan menggantikan makanan tinggi lemak kepada rendah lemak dalam pemakanan harian supaya dapat mengamalkan diet yang sihat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!