Restoran ‘Dine-in’ Menarik Di Lembah Klang

Bosan sentiasa makan di rumah? Aktiviti ‘dine-in’ atau makan di restoran kini dibenarkan kepada individu yang telah melengkapkan vaksinasinya. Anda boleh menikmati makanan di restoran kegemaran bersama keluarga atau rakan. Oleh itu, rancanglah cuti hujung minggu dengan membawa mereka untuk meluangkan masa sambil makan di restoran berikut:

1. The Hungry Tapir

243174266_587530712699043_1368030045611387699_n
Sumber : Facebook The Hungry Tapir

Hungry Tapir yang terletak di Chinatown, Kuala Lumpur adalah lokasi sesuai untuk anda menikmati makanan sambil mengambil gambar cantik yang berlatarbelakangkan dekorasi estetik.

Tempat ini sangat popular kerana ia menyediakan pelbagai jenis makanan vegan atau vegetarian. Selain reka bentuk dalaman yang cantik, astetik dan berkonsepkan hipster, makanan yang disediakan juga mempunyai kombinasi masakan Malaysia seperti Sabah dan Baba Nyonya.

tapir
Sumber: Pink Bombshell Burger, Blushing Pumpkin Tortillas and Truffle Baked Mac & Cheese, Facebook The Hungry Tapir

Rainbow Ulam Fried Rice, Jungle Laksa, Pink Bombshell Burger, Choc Oat Cinnamon Brownies, Spicy Tempeh Finger, Plant Power Big Brekkie dan sebagainya adalah antara makanan popular yang mendapat sambutan pelanggan. Jangan lupa menikmati makanan ini bersama keluarga nanti!

2. Blonde

blonde 1
Sumber : Facebook Blonde

Blonde merupakan sebuah restoran berkonsepkan minimalis yang terletak di Damansara. Berdasarkan reka bentuk dan hiasan dalaman kafe ini, ia boleh diklasifikasikan sebagai tempat makanan mewah yang sesuai untuk menjamu selera dengan tujuan tertentu.

Persembahan makanannya juga sangat cantik seperti suasana dalaman yang berkonsepkan kontemporari. Blonde menawarkan menu sarapan menarik hingga makan malam yang sedap dan lazat. Para pengunjung boleh datang pada bila-bila masa untuk menikmati makanan yang mempunyai kombinasi masakan Asia dan Australia.

235756859_886992661922691_4839756799685967555_n
Sumber : Squid Ink Pasta. Facebook Blonde

Squid Ink Pasta, Poached Eggs with Slow-cooked Beef Brisket, Freshly Baked Dutch-Style Pancake, Salad, Pasta, pizza, BBQ Chilli Lamb Belly Kebab, Seared Dry-Aged Shanghainese Crusted Duck Breast dan sebagainya mendapat sambutan hangat pelanggan.

3. Oh Yeah Banana Leaf

banana 1
Sumber : Briyani, Facebook OH YEAH Banana Leaf

Jemu makan makanan yang sama setiap hari? Cubalah Oh Yeah Banana Leaf yang terletak di Bukit Bintang bagi menambah selera makan anda. Restoran ini terkenal bagi makanan yang disediakan dalam bamboo seperti bamboo briyani dan nasi lemak.

banana
Sumber : Briyani, Facebook OH YEAH Banana Leaf

Pelanggan juga boleh menikmati bamboo briyani dengan sayur-sayuran, kari (ayam, ikan, kambing, rasam atau dhall), papadum, kambing varuval dan sebagainya mengikut cita rasa anda. Jangan lepaskan peluang menikmati juadah lazat ini jika anda singgah di sekitar Bukit Bintang bersama keluarga atau rakan.

4. Nippori Bistro

nippori fb
Sumber : Facebook Nippori Bistro

Tidak dapat melancong ke Jepun? Jangan risau anda boleh menikmati makanan Jepun di Nippori Bistro yang terletak di Petaling Jaya. Restoran ini mendapat sambutan pelanggan kerana makanan lazat disediakan berdasarkan kombinasi Jepun dan Eropah. Selain itu, reka bentuk dalaman ala Jepun juga telah menarik perhatian pelanggan untuk makan di ruang yang cantik.

nippori 1
Sumber : Fusion English and Japan Breakfast, Facebook Nippori Bistro

Deep Sea Konbu Pasta, Salmon Mentai, Foie Gras Heaven, pencuci mulut dan sebagainya adalah hidangan terkenal di sini. Pastikan datang awal jika anda tidak ingin terlepas peluang rasa keenakan makanannya.

5. The Farm

farm 1
Sumber : Facebook The Farm

Terletak di Bangsar, The Farm menghidangkan makanan lazat menggunakan bahan-bahan segar dari ladang. Makanan enak yang disediakan dengan bahan-bahan segar dan berkualiti adalah moto utama restoran ini.

Para pelanggan boleh menikamti makanan lazat bersama keluarga dan rakan serta menyambut hari istimewa di sini kerana ia mempunyai ruang makan yang sangat cantik dan luas untuk menjamu selera.

nasi padang
Sumber : Nasi Padang, Facebook The Farm

Soil to Soul Garden Pot, Red Emperor, Nasi Padang, Spicy TanTan Noodle dan sebagainya menjadi pilihan makanan orang ramai.

6. Horizon Grill

horizon
Sumber : Facebook Horizon Grill

Ingin menikmati makanan dengan pemandangan yang mengasyikkan? Kunjungi Horizon Grill yang terletak di tingkat 58 Banyan Tree bagi menikmati makanan lazat sambil melihat pemandangan cantik bandar Kuala Lumpur.

v5bawg38q7idefd2pxqf
Sumber : www.klook.com

Horizon Grill menawarkan hidangan moden Eropah dengan sentuhan klasik tempatan yang disediakan khas oleh ‘chef’ berpengalaman. Grilled King Prawn, Steak Tartare, Spaghetti Aglio-Olio With Half Boston Lobster dan Santa Maria Grilled Whole Boston Lobster adalah antara makanan yang menjadi pilihan pelanggan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Punca Bearing Tayar Rosak

Kenderaan bergegar ketika memandu adalah antara tanda-tanda awal kerosakan bearing tayar. Bearing tayar digunakan untuk membolehkan tayar berputar lancar dengan meminimumkan geseran. Pengabaian penjagaan...

Tips Keselamatan Di Tempat Letak Kenderaan

Kawasan meletak kenderaan terutamanya di tempat sunyi boleh mengundang bahaya dan mengancam keselamatan. Pengguna kenderaan perlu lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling apabila meletakkan kenderaan...

5 ‘Staycation’ Menarik Di Lembah Klang

Penantian lama untuk merentas negeri akhirnya dapat dikecapi bermula pada 11 Oktober 2021 setelah lama berkurung di rumah. Orang ramai boleh balik kampung untuk...

6 Makanan ‘Viral’ Yang Kini Menjadi Kegilaan

Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat berbilang kaum dan kepelbagaian makanan. Selain makanan tradisional yang popular, kini muncul beberapa makanan ‘viral’ yang...

Bahaya Mengekori Kenderaan

Mengekori sesebuah kenderaan secara terlalu rapat boleh mengundang bahaya yang mengakibatkan kemalangan. Terdapat dua jenis pemandu yang biasanya mempunyai tabiat pemanduan seperti ini iaitu kumpulan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!