Patuhi SOP Percutian

Pembukaan sektor pelancongan menerusi projek rintis Gelembung Pelancongan telah mendapat sambutan baik daripada orang ramai yang selama ini terkurung dalam rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ramai telah bersiap sedia untuk menjalani kehidupan norma baharu khususnya selepas mendapat beberapa kelonggaran termasuk percutian dalam negara.

Dengan ini, masyarakat sentiasa diingatkan dan dinasihatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan demi melindungi diri dan orang sekeliling daripada wabak COVID-19 sambil anda menikmati percutian kelak. Disenaraikan beberapa SOP pelancongan umum yang perlu anda patuhi nanti:

1. Melengkapkan Vaksin

Ingin menikmati percutian bersama keluarga dan rakan-rakan? Pastikan anda, khususnya golongan dewasa sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin dan melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua. Jangan lupa untuk mengemukakan bukti penerimaan vaksin iaitu Kad atau Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 semasa merentasi daerah atau negeri dan ketika mendaftar masuk ke penginapan pilihan anda.

pagePropertiesImage
Sumber: langkawi-info.com

2. Melakukan Ujian Saringan

Bagi pelancong yang akan ke Langkawi, anda perlu melakukan ujian saringan COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Antigent) di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta atau menggunakan kit ujian kendiri saliva (air liur) yang dibeli sendiri. Ujian saringan perlu dilakukan dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas ke pulau peranginan ini.

Keputusan ujian hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk iaitu lapangan terbang atau terminal feri sebelum berlepas demi menjamin keselamatan diri dan pelancong lain.

3. Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Penggunaan aplikasi MySejahtera sangat penting bagi membantu kerajaan Malaysia untuk melakukan pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara. Pastikan anda sentiasa menggunakan aplikasi ini ketika memasuki atau keluar dari sesebuah premis. Hal ini akan memudahkan urusan pengesanan kes COVID-19 di sesebuah lokasi dan mempercepatkan pengambilan tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa.

4. Mengamalkan Penjarakan Fizikal

Sentiasa menjaga penjarakan fizikal semasa berada di kawasan tumpuan ramai bagi menghindari penularan wabak COVID-19. Amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain.

5. Menjaga Kebersihan Diri

Kebersihan diri sangat penting untuk melindungi diri daripada penyebaran bakteria dan kuman. Kita cenderung untuk menyentuh pelbagai barang semasa berada di luar yang secara tidak langsung mungkin terdedah pada COVID-19.

Anda digalakkan untuk sentiasa mencuci tangan menggunakan sabun atau pencuci tangan ‘hand sanitizer’ bagi membasmi kuman di tapak tangan.

6. Memakai Pelitup Muka

Sentiasa memakai pelitup muka terutamanya apabila berada di tempat awam yang sesak. Pastikan anda memakai pelitup muka berganda untuk mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus khususnya daripada varian Delta yang cepat merebak melalui udara.

Gunakan pelitup muka jenis kain sebagai lapisan tambahan bersama pelitup muka perubatan untuk menyaring lebih banyak partikel halus dan dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

7. Kapisiti Kenderaan

Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut. Pastikan anda patuhi syarat penggunaan kenderaan semasa melakukan perjalanan ke lokasi percutian.

8. Menunjukkan Bukti Dokumen

Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP. Pastikan anda menyimpan semua dokumen yang diperlukan di tempat yang sesuai agar proses pemeriksaan berlangsung dengan lancar tanpa mengganggu orang lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!