Penyenggaraan Penapis Dan Minyak Enjin

Penapis minyak adalah komponen utama yang berfungsi untuk membersihkan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Ia akan memastikan tiada logam atau bendasing kecil menembusi ke dalam komponen enjin. Pemandu kenderaan perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga komponen ini agar tidak berlaku sebarang kerosakan dan memastikan ia berfungsi secara optimum. Disenaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi prestasi penapis minyak dan minyak enjin seperti berikut:

1. Cara Pemanduan

Cara memandu kenderaan akan mempengaruhi kekerapan penggantian penapis minyak enjin atau minyak enjin. Hal ini kerana, sekiranya anda sering memandu secara agresif di atas permukaan jalan raya yang tidak rata atau jalan berlubang, beban pada enjin akan bertambah.

Anda perlu mengurangkan atau mengelakkan memandu dalam keadaan tersebut bagi meningkatkan jangka hayat penapis minyak enjin serta mengelakkan berlakunya kehausan enjin dengan cepat. Selain itu, pastikan anda melakukan penggantian minyak enjin tepat pada masa bagi mengelakkan kerosakan lain.

Fresh motor oil

2. Jenis Minyak Enjin

Aspek lain yang mempengaruhi seberapa kerap anda harus menukar penapis minyak enjin adalah bergantung pada jenis minyak enjin yang anda gunakan iaitu jenis sintetik penuh, separa sintetik atau mineral.

Penggunaan minyak sintetik atau separa sintetik lebih baik daripada minyak jenis mineral kerana ia mempunyai ketahanan yang lama dan prestasi lebih baik. Bagi pemandu yang melakukan penukaran minyak enjin secara kerap atas sebab tertentu, anda boleh cuba menggunakan minyak enjin jenis sintetik atau separa sintetik kerana ia mempunyai jarak masa pertukaran minyak enjin yang lebih lama daripada biasa.

Selain itu, sekiranya anda menggunakan minyak enjin berkualiti rendah ia akan menyebabkan mendapan degil terbentuk pada penapis minyak yang menyukarkan proses pembersihan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin.

3. Jarak Perbatuan

Ramai pemandu kenderaan biasanya menukar minyak enjin berdasarkan perbatuan atau tempoh yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan. Jika anda melengahkan penukaran minyak enjin pada jarak perbatuan terlalu jauh, ia boleh mengakibatkan kerosakan enjin yang serius dan kekal.

Selain itu, anda juga boleh melakukan pemeriksaan manual dengan melihat takat minyak enjin pada dipstik untuk mengetahui sama ada minyak enjin berada pada tahap yang disyorkan.

Penyukat minyak enjin mempunyai dua sukatan yang menunjukkan aras maksimum dan aras minimum. Periksa dahulu takat minyak berada pada aras mana. Sekiranya berada pada takat minimum, anda perlu mengisi semula minyak enjin. Elakkan mengisi melebihi paras maksimum kerana ia boleh menyebabkan kerosakan lain. Anda juga disyorkan untuk menukar penapis minyak setiap kali anda menukar minyak enjin sebagai langkah pencegahan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!