Percutian Hujung Minggu Di Pantai Lembah Klang

Penduduk di Lembah Klang yang terkurung dalam rumah susulan pelaksanaan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) akhirnya boleh menikmati percutian merentas daerah bermula 10 September 2021. Sesiapa yang telah melengkapkan dua dos vaksin kini boleh menjalankan aktiviti sosial dengan mengunjungi pantai di Lembah Klang bersama ahli keluarga atau rakan bagi menenangkan fikiran anda. Disenaraikan beberapa pantai berdekatan untuk anda merancang percutian hujung minggu nanti seperti berikut:

1. Pantai Morib

pantai-morib
Sumber: www.visitselangor.com

Lama terkurung dalam rumah khususnya kanak-kanak yang tidak berpeluang bercuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Pantai Morib adalah destinasi pilihan yang sesuai untuk membawa mereka menghilangkan rasa bosan sambil berkelah di tepi pantai.

Terletak di Banting, lokasi tarikan pelancong Selangor ini mendapat sambutan orang awam untuk menikmati pemandangan laut yang seluas pandangan mata dan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga atau rakan.

morib-beach
Sumber: www.visitselangor.com

Pantai Morib juga terkenal dengan aktiviti permainan bola sepak, layang-layang, bola tampar, berkhemah dan mengutip cengkerang atau pepahat.

2. Pantai Kelanang

kelanang-2
Sumber: yanahomestay.wordpress.com

Ingin bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan selepas penat bekerja? Pantai Kelanang yang juga terletak di Banting adalah lokasi sesuai untuk anda menenangkan fikiran sambil berkhemah di tepi pantai.

pantai-kelanang
Sumber: yanahomestay.wordpress.com

Para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini sambil menikmati pemandangan cantik seperti menangkap ketam, bermain layang-layang, bola sepak, melihat matahari terbenam, bergambar dan sebagainya.

3. Pantai Bagan Lalang

Bagan-Lalang-Beach-620×349
Sumber: www.visitselangor.com

Pantai Bagan Lalang adalah kawasan pesisir pantai yang terletak berhampiran Avani Sepang Gold Coast Resort. Ia merupakan salah satu lokasi beriadah yang sesuai untuk berkunjung pada cuti hujung minggu.

Para pelancong dapat menikmati bayu pantai yang menyegarkan jiwa sambil berkelah di tepi pantai. Anda juga boleh melihat anak-anak ketam berkeliaran di atas pasir sewaktu air surut. Selain itu, para pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lain seperti bermain layang-layang, bola tampar, bola sepak, memasak barbeku dan sebagainya.

percutian-ke-resort-avani-bagan-lalang-768×512
Sumber: Avani Gold Coast Sepang, www.caridestinasi.com

Sekiranya anda berada sehingga malam di kawasan ini, jangan melepaskan peluang untuk menikmati makanan laut yang segar di restoran sekitar kawasan Pantai Bagan Lalang.

4. Pantai Remis

photo_2021-09-24_16-23-37
Sumber: Instagram @st.cam

Pantai Remis yang terletak di Jeram adalah salah satu lokasi eko-pelancongan yang di gemari orang ramai. Pantai ini sentiasa dibanjiri orang awam untuk melakukan aktiviti riadah seperti bermain layang-layang, berkelah, memancing, melihat pemandangan menarik matahari terbenam, mencari hidupan laut dan sebagainya pada hujung minggu terutamanya bersama keluarga.

Para pengunjung juga gemar berjalan di persisiran pantai sambil menghirup udara segar. Selain menikmati keindahan alam sekeliling, pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati keenakan makanan laut segar seperti ikan bakar, kerang rebus, kerang bakar dan lain-lain.

5. Pantai Sasaran

sky_15
Sumber: www.mdks.gov.my

Pantai Sasaran atau lebih dikenali sebagai ‘Sky Mirror’ terletak di Sasaran, Pasir Penambang Kuala Selangor. Ia diberi nama sebagai ‘Sky Mirror’ kerana terdapat kesan pantulan langit di atas permukaan dataran pasir di tengah-tengah laut. Pemandangan yang sangat cantik ini sesuai untuk bersantai dan bergambar.

sky_1
Sumber: www.mdks.gov.my

Pelancong dikehendaki menaiki bot dari jeti nelayan Sasaran untuk menuju ke pantai persis cermin ini. Sepanjang perjalanan, anda dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang mengasyikkan seperti burung undan, burung helang, ikan, pokok, dan sebagainya.

6. Pantai Redang

SEKINCHAN, MALAYSIA, February 16, 2020: Sekinchan’s Pantai Redan

Ingin bersantai di tepi pantai? Kunjungi Pantai Redang yang terletak di Sekinchan bukan sahaja boleh melihat pemandangan pantai malah anda berpeluang melihat kehidupan masyarakat nelayan di kawasan pantai ini.

sekinchan-beach-6
Sumber: visit-sekinchan.com

Para pengunjung juga boleh melakukan aktiviti memancing dan menikmati pelbagai makanan laut di gerai-gerai berhampiran.

7. Pantai Acheh

128851957_LQg4UyP0bANjWhnItf9XJIlJv1l3546DNCgO4o60Xg8
Sumber: foursquare.com

Terletak di Pulau Indah, pantai ini merupakan lokasi paling sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain melakukan aktiviti memancing, ahli keluarga atau rakan anda boleh melakukan aktiviti lain seperti bermain layang-layang, berkelah, memasak barbeku dan sebagainya di kawasan pantai yang lapang ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!