Punca Silau Mata Ketika Memandu

Rabun silau adalah satu masalah gangguan penglihatan yang berlaku disebabkan oleh kelengkungan kornea. Ia menyebabkan seseorang mengalami penglihatan kabur pada sesetengah jarak dan sukar untuk melihat objek yang bercahaya terang terutamanya pada waktu malam. Ramai pemandu kenderaan mengalami masalah ini yang diburukkan lagi oleh beberapa faktor sekeliling. Disenaraikan punca-punca yang menyumbang kepada masalah ini seperti berikut:

1. Lampu Kabus

Lampu kabus bukanlah suatu aksesori tambahan untuk sesebuah kenderaan. Ia berfungsi sebagai lampu amaran yang boleh digunakan bersama lampu hadapan atau belakang supaya memberi penglihatan jelas apabila anda memandu dalam keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat, keadaan berkabus, ribut atau semasa penglihatan anda sangat terhad sahaja.

Hal ini kerana lampu kabus mempunyai suluhan cahaya yang sangat lebar dan luas berbanding lampu utama. Oleh itu, penggunaan lampu kabus pada waktu malam biasa akan memberikan masalah silau kepada pemandu lain. Anda hanya perlu menggunakan lampu ini apabila mengalami cuaca buruk yang mengehadkan penglihatan anda kurang daripada 100 meter.

2. Lampu Jenis HID

Lampu jenis ‘High-Intensity Discharge’ (HID) mempunyai kecerahan lebih dua kali ganda berbanding lampu jenis halogen dan lampu ‘Light Emitting Diode’ (LED). Penggunaan lampu HID boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya dari arah bertentangan kerana ia mempunyai tahap kesilauan yang tinggi akibat suluhan cahaya yang lebih lebar.

3. Kedudukan Lampu Kenderaan

Selain jenis lampu yang digunakan oleh sesebuah kenderaan, kedudukan lampu juga memberi impak kepada penglihatan pemandu. Kedudukan lampu terutamanya bagi kenderaan besar seperti kenderaan utiliti sukan atau lebih dikenali sebagai ‘Sport Utility Vehicle’ (SUV) adalah lebih tinggi berbanding kenderaan biasa. Hal ini menyebabkan berlakunya rabun silau pada pemandu lain yang berada di hadapan mereka.

Pemandu lain digalakkan untuk mengubah suai kedudukan cermin pandang belakang kereta supaya dapat mengurangkan tahap kesilauan yang berpunca daripada kedudukan lampu kenderaan tinggi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!