8 Tempat Percutian Menarik Di Langkawi

Setelah berbulan-bulan terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, rakyat Malaysia kini dapat menikmati percutian bersama keluarga melalui kebenaran gelembung pelancongan Langkawi. Pengumuman pembukaan sektor pelancongan baru-baru ini, menyebabkan ramai teruja untuk bercuti di pulau percutian Langkawi bagi menikmati keindahan pantai, laut dan sinaran matahari. Bagi memudahkan perancangan percutian anda, disenaraikan beberapa lokasi menarik yang wajib anda kunjungi:

1. Pantai Cenang

pantai-cenang-langkawi
Sumber: langkawi-info.com

Pantai Cenang merupakan lokasi tarikan pelancong utama di Langkawi yang wajib anda kunjungi bagi menikmati keindahan alam sekeliling. Pantai dengan campuran pasir putih, perairan biru dan pemandangan yang mendamaikan serta udara nyaman menjadikan ia terkenal dalam kalangan pelancong.

Selain itu, Pantai Cenang juga adalah kawasan yang paling popular di mana terdapat banyak kedai makanan tempatan dan antarabangsa, kompleks membeli-belah bebas cukai, dan resort mewah yang terletak di sepanjang pantai cantik ini.

Day 67 | Pantai Cenang, Palau Langkawi, Malaysia
Sumber: Mai Singgah

Para pelancong juga boleh melakukan aktiviti air yang menarik seperti jet ski dan ‘parasailing’ di samping menikmati pemandangan matahari terbenam atau terbit. Selain berada di pantai ini, anda juga boleh melawat Underwater World Langkawi dan Muzium Laman Padi yang terletak berdekatan dengan kawasan Pantai Cenang.

2. Taman Buaya Langkawi

81
Sumber: viator.com

Adakah anda teringin melihat lebih 4,000 spesis buaya di satu tempat? Kunjungi Taman Buaya Langkawi yang terletak di Kampung Kubang Badak bersama keluarga anda khususnya kanak-kanak bagi mengenali dan melihat pelbagai jenis buaya dari dalam dan luar negara.

7f
Sumber: viator.com

Para pelancong juga boleh melakukan aktiviti menarik seperti melihat pertunjukkan buaya di mana kakitangan terlatih memberi makanan kepada buaya, memancing buaya, bergambar bersama buaya, memberi makanan kepada buaya, mempelajari tentang spesis buaya di Crocodile Education Centre, melihat buaya dewasa melompat dan sebagainya di taman ini.

3. Kilim Geoforest Park Langkawi

pagePropertiesImage
Sumber: langkawi-info.com

Kilim Geoforest Park merupakan kawasan hutan paya bakau yang menawarkan pemandangan indah alam sekitar kepada pengunjung. Pelancong dapat melihat pelbagai jenis pokok paya bakau yang berusia ratusan ribu tahun dan struktur batu kapur yang sudah berusia jutaan tahun di sini.

Selain itu, terdapat juga gunung, sungai, paya bakau, gua, tasik, haiwan liar dan sebagainya di lokasi ini yang boleh diterokai bersama keluarga atau rakan anda dengan menaiki bot. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah mengunjungi gua kelawar, rumah terapung, memberi makanan kepada burung helang, dan sebagainya.

4. Kompleks HIG

22154450_1693286144029467_100013818206083294_n
Sumber: Facebook @langkawiviral

Kompleks Haji Ismail Group (HIG) yang terletak di Jalan Penarak adalah antara pusat beli belah bebas cukai kegemaran pelancong untuk merembat pelbagai barang idaman mereka.

22154465_1693286740696074_9065380567034515436_n
Sumber: Facebook @langkawiviral

Coklat, perkakasan dapur, kain pelikat, minyak gamat dan sebagainya boleh didapati pada harga berpatutan di kompleks ini. Selain itu, anda juga boleh membeli cenderamata untuk ahli keluarga atau rakan sebagai tanda kenangan melancong di Pulau Langkawi.

5. Dataran Helang

89737264_m

Kalau sudah sampai Langkawi memang tak sah jika anda tidak mengunjungi Dataran Helang yang lebih dikenali sebagai Dataran Lang. Ia merupakan mercu tanda Langkawi yang popular serta menjadi tugu tumpuan para pelancong.

Eagle Square, Dataran Lang is one of Langkawi’s best known man-made attractions, a large sculpture of an eagle poised to take flight

Kedudukan patung helang gergasi setinggi 12 meter dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur ke udara menjadikannya satu pemandangan yang sangat mengagumkan setelah mendarat di pulau ini. Pada waktu malam pula, seluruh dataran ini diterangi dengan lampu bagi menunjukkan panorama kawasan sekitar yang menakjubkan.

6. Island Horses

62347457_2395498873827198_2852431319080632320_n
Sumber: Facebook Island Horses Langkawi

Jangan lupa mengunjungi Island Horses sekiranya anda teringin menunggang kuda sambil menikmati keindahan alam di Pulau Langkawi. Terletak di Seven Wells Waterfall, Island Horses menawarkan pakej percutian menarik dengan aktiviti menunggang kuda melalui kawasan-kawasan air terjun yang tersembunyi, hutan yang menghijau, kawasan-kawasan kampung dan pantai-pantai yang cantik.

71814190_2595704053806678_4440585610960306176_n
Sumber: Facebook Island Horses Langkawi

7. Kereta Kabel Langkawi

Cable car on Langkawi Island, Malaysia

Kereta Kabel Langkawi yang terletak di Oriental Village iaitu di kaki Gunung Mat Chinchang adalah antara kereta kabel terpanjang di dunia. Pelancong dapat menikmati pemandangan indah alam semulajadi sepanjang perjalanan menuju ke puncak gunung dalam kereta kabel yang mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Sepanjang perjalanan juga anda dapat menyaksikan struktur batu kapur unik, air terjun Telaga Tujuh, pelbagai jenis pokok yang berbeza dari bahagian bawah, pemandangan laut yang membiru dan sebagainya.

Pictures of and from the amazing Langkawi Sky Bridge on the top of Gunung Mat Cincang Mountain

Selain pemandangan mengasyikkan, para pelancong juga boleh mengunjungi tempat menarik lain seperti SkyDome, SkyRex, 3D Art Langkawi, SkyBoutique, SkyBridge dan lain-lain.

8. Muzium 3D Langkawi

malaysia-langkawi-3d-art-hippo2
Sumber: mummytravels.com

Muzium 3D Langkawi atau lebih dikenali sebagai Art In Paradise yang terletak di Oriental Village adalah satu lokasi percutian yang sesuai untuk keluarga. Muzium tiga tingkat yang terbahagi kepada sembilan zon mempunyai lebih dari 100 lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis antarabangsa.

IMG_9298-min-scaled
Sumber: panoramalangkawi.com

Keunikan lukisan berkualiti seperti benda sebenar ini boleh dinikmati bersama keluarga atau rakan dengan mengambil gambar yang kreatif dan cantik berdasarkan lukisan sedia ada.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Punca Bearing Tayar Rosak

Kenderaan bergegar ketika memandu adalah antara tanda-tanda awal kerosakan bearing tayar. Bearing tayar digunakan untuk membolehkan tayar berputar lancar dengan meminimumkan geseran. Pengabaian penjagaan...

Tips Keselamatan Di Tempat Letak Kenderaan

Kawasan meletak kenderaan terutamanya di tempat sunyi boleh mengundang bahaya dan mengancam keselamatan. Pengguna kenderaan perlu lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling apabila meletakkan kenderaan...

5 ‘Staycation’ Menarik Di Lembah Klang

Penantian lama untuk merentas negeri akhirnya dapat dikecapi bermula pada 11 Oktober 2021 setelah lama berkurung di rumah. Orang ramai boleh balik kampung untuk...

6 Makanan ‘Viral’ Yang Kini Menjadi Kegilaan

Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat berbilang kaum dan kepelbagaian makanan. Selain makanan tradisional yang popular, kini muncul beberapa makanan ‘viral’ yang...

Bahaya Mengekori Kenderaan

Mengekori sesebuah kenderaan secara terlalu rapat boleh mengundang bahaya yang mengakibatkan kemalangan. Terdapat dua jenis pemandu yang biasanya mempunyai tabiat pemanduan seperti ini iaitu kumpulan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!