Warisan Getam Tanjung Penaga

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor dalam mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada yang lebih tinggi bagi menghidupkan warisan budaya yang tiada bandingan nilainya menerusi paparan koleksi 12 jenis destar sepanjang tahun 2021. Ia akan dipersembahkan setiap bulan menerusi PRIHATIN dan bagi edisi kesembilan kali ini, PRIHATIN mengetengahkan koleksi destar iaitu Getam Tanjung Penaga.

Getam dalam konteks hiasan kepala membawa maksud menutup sesuatu rahsia, aib, peribadi, kuasa, pertahanan dan sebagainya. Nama getam ini dikatakan berasal daripada bandar Tanjung Penaga yang kini dikenali sebagai Georgetown sebelum ia dibuka oleh penjajah barat.

c
Lipatan getam tersisip kemas

Ia dinamakan sebagai Tanjung Penaga kerana ia merupakan sebuah tanjung yang banyak ditumbuhi oleh pohon liar yang dipanggil Penaga Laut dan sehingga kini sesetengah masyarakat di sana masih memanggilnya dengan nama ‘tanjung’.

Getam Tanjung Penaga ini pernah digunakan oleh Gabenor pertama Pulau Pinang, Raja Tun Sir Uda Raja Mohammad sejak tahun 1957 hingga 1967. Keunikan getam ini pula terletak pada namanya iaitu Penaga yang merujuk kepada tumbuhan yang mempunyai nilai-nilai dan khasiat perubatan yang tinggi. Selain itu, ada sesetengah agama menganggap ia adalah tumbuhan suci dan digunakan untuk kekuatan kerohanian dan bertapa di bawah pokok ini.

d
Getam tertutup sepenuhnya

Selain itu, keunikan getam ini juga terletak pada lipatan getam tersisip kemas. Pucuk getam pula menghala ke bawah dan getam tertutup sepenuhnya.

Berdasarkan Hikayat Melayu, pemakaian destar adalah merupakan suatu perkara yang sudah lama diamalkan dalam Alam Melayu dan merupakan salah satu warisan yang penting dan wajar dipertahankan nilai-nilai estetika dan keasliannya.

Oleh itu, ia telah menjadi kewajipan pada semua penggiat aktiviti warisan dan seni budaya Melayu dan orang ramai umumnya untuk menjaga dan memelihara warisan ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!