Membrek ialah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pemandu bagi mengawal kenderaan. Teknik membrek yang betul bukan sahaja penting untuk keselamatan malah ia mampu memanjangkan jangka hayat sistem brek kenderaan. Oleh itu, setiap pengguna kenderaan perlu mengetahui dan menguasai teknik membrek yang betul supaya dapat mengelakkan situasi yang tidak dijangka seperti berikut:
1. ‘Pivot Method’
‘Pivot Method’ ialah salah satu cara yang berkesan untuk membrek dengan lembut dan konsisten semasa memandu. Pemandu kenderaan boleh menggunakan cara ini dengan:
a) Meletakkan tumit kanan di atas lantai dan membiarkan ia dekat dengan pedal brek supaya bola kaki dapat menyentuh permukaan tengah pedal.
b) Meletakkan berat kaki di atas lantai semasa menginjak kaki ke depan untuk mengenakan tekanan ringan ke atas pedal brek.
c) Meningkatkan tekanan secara beransur-ansur sehingga kereta hampir berhenti sepenuhnya.
d) Kemudian, lepaskan sedikit pedal brek sebelum berhenti sepenuhnya untuk mengelakkan kenderaan tersentak terlalu kuat.
2. Brek Awal
Brek awal merupakan antara teknik membrek yang perlu diketahui oleh pengguna kenderaan bagi mengelakkan berlakunya situasi membrek secara mengejut. Pemandu perlu berwaspada dengan gerak-geri pemandu kenderaan di hadapan dengan melihat sama ada kenderaan tersebut sedang memperlahankan kereta atau lampu breknya menyala.
Dengan melakukan demikian anda dapat mengelakkan situasi membrek secara mengejut di mana ia hanya akan menghauskan pad brek dan berpotensi menyebabkan kemalangan.
3. Jaga Jarak Kaki dengan Pedal Brek
Sentiasa pastikan jarak kaki anda dengan pedal brek berdekatan supaya dapat bersedia apabila anda ingin membrek di situasi kecemasan. Hal ini juga mampu mengelakkan situasi membrek secara mengejut dan meningkatkan jangka hayat pedal brek kenderaan.
4. Elakkan Membrek di Jalan Licin
Membrek di atas jalan licin akan menyebabkan kereta anda tergelincir. Bagi mengelakkan situasi ini anda boleh memandu dalam gear rendah dan membiarkan enjin perlahan sendiri agar tiada risiko tergelincir berlaku semasa memandu di jalan raya basah.