5 Tanda Ekzos Kereta Bermasalah

Sistem ekzos kenderaan berfungsi untuk mengurangkan pencemaran bunyi dan mengawal kadar pelepasan gas ke udara. Pengguna kenderaan perlu menjaga sistem ini dengan baik supaya ia tidak mudah mengalami kerosakan dan mencemarkan alam sekitar. Disenaraikan beberapa tanda-tanda ekzos kereta mengalami masalah agar anda dapat lebih berwaspada seperti berikut:

1) Penggunaan Bahan Api Meningkat

Kebocoran dalam sistem ekzos akan mengurangkan prestasi enjin serta meningkatkan penggunaan bahan api. Oleh itu, sekiranya anda mendapati penggunaan bahan api semakin meningkat daripada biasa, lakukan pemeriksaan segera pada sistem ekzos untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi.

2) Bau Gas

Kebocoran sistem ekzos pada bahagian ‘manifold’ akan membahayakan pemandu dan penumpang dalam kenderaan. Gas karbon monoksida yang dilepaskan melalui ekzos senang dikenal pasti kerana ia mengeluarkan bau yang kuat.

Oleh itu, pastikan anda segera melakukan pemeriksaan pada sistem ekzos sekiranya pemandu atau penumpang mengenal pasti bau kurang menyenangkan memasuki ruang kabin sepanjang pemanduan.

car pipe exhaust fumes and smoke isolated over black background. Concept of pollution of the environment caused by automobiles

3) Gegaran Pada Pedal Minyak

Pernahkah anda merasai gegaran pada pedal minyak semasa memandu kenderaan? Ia adalah satu tanda yang mungkin menunjukkan terdapat kebocoran kecil berlaku pada sistem ekzos kenderaan anda.

Semakin besar saiz kebocoran, maka semakin teruk pedal minyak akan bergegar. Sekiranya dibiarkan, ia boleh menyebabkan bahagian stereng dan lantai kereta turut bergegar.

4) Bunyi Pada Sistem Ekzos

Penghasilan bunyi kuat daripada bahagian ekzos adalah antara tanda kerosakan awal yang perlu diberi perhatian oleh pengguna kenderaan. Pemandu kenderaan boleh mengenal pasti bunyi ini terutamanya semasa memecut.

Dengan ini, seandainya anda mengesan sebarang bunyi yang berbeza daripada biasa, segera dapatkan bantuan dan pemeriksaan lanjut di pusat servis berdekatan.

5) Bunyi Benda Terseret

Sekiranya anda mendengar bunyi benda terseret yang datang daripada bawah kereta, ia mungkin berpunca daripada paip ekzos longgar atau tidak sejajar. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh pemasangan yang tidak betul atau pendakap tidak lagi menahan paip ekzos dengan kuat di tempatnya.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!