Amalan Norma Baharu

Dalam menangani pandemik COVID-19 dan mengurangkan penularan wabak tersebut, kita perlu menerima hakikat untuk mengamalkan budaya ‘norma baharu’ dalam kehidupan seharian. Kawalan kendiri dan amalan norma baharu tidak sukar untuk dilakukan jika semua bersatu hati untuk menamatkan pandemik ini.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, baru-baru ini negara kita akan beralih daripada fasa kawalan pandemik kepada fasa endemik selepas berjaya mencapai imuniti kelompok seperti yang disasarkan pada Oktober ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kita perlu bersiap sedia untuk menjalani kehidupan norma baharu pada masa terdekat dengan menerima kenyataan bahawa COVID-19 akan sentiasa berada dalam kalangan kita dan harus belajar hidup dengannya seperti penyakit yang disebabkan virus lain.

Oleh itu, rakyat perlu terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sentiasa dikemaskini oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya dapat membantu kerajaan dalam menangani wabak COVID-19.

photo_2021-09-10_14-36-40

Pemakaian pelitup muka apabila keluar dari rumah dan menjaga penjarakan fizikal semasa berada di kawasan tumpuan ramai juga harus dipraktikkan setiap masa. Selain itu, kita juga perlu lebih berhati-hati semasa menggunakan kemudahan bersama seperti lif, tangga, tandas dan sebagainya serta sentiasa melakukan disinfeksi atau pembersihan sebelum dan selepas penggunaannya. Dengan melakukan demikian kita dapat melangkah ke hadapan dengan penuh positif dan dapat mengurangkan kes harian serta mampu kembali ke gaya hidup normal.

Umum mengetahui selepas mencapai imuniti kelompok, rakyat bakal menikmati lebih kelonggaran dalam menjalani kehidupan seharian. Ramai berasa gembira dan teruja untuk menikmati hari tersebut selepas tempoh penantian yang lama. Namun demikian, rakyat perlu ingat disamping kegembiraan ini anda juga perlu sentiasa mematuhi peraturan iaitu SOP semasa berada di luar.

Antara SOP yang perlu dijaga adalah menggunakan aplikasi MySejahtera setiap kali anda memasuki atau keluar daripada sesuatu premis, kerap mencuci tangan, sentiasa lakukan disinfeksi di rumah, amalkan etika batuk dan bersin yang betul, membuang pelitup muka di tempat yang betul dan pantau status kesihatan diri serta keluarga dari semasa ke semasa.

Selain itu, anda juga perlu menjaga penjarakan fizikal di dalam rumah sekiranya terdapat tetamu atau berada di tempat awam untuk menghadiri majlis sosial, dapatkan rawatan jika bergejala dan menjalani tempoh kuarantin dengan betul supaya dapat menjaga keselamatan diri dan orang sekeliling. Dengan melakukan demikian kita dapat kembali menjalani hidup seperti biasa sehinggalah teknologi dan kajian masa depan menemui rawatan berkesan untuk COVID-19 atau vaksin yang boleh mengelakkan daripada kita dijangkiti.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Punca Silau Mata Ketika Memandu

Rabun silau adalah satu masalah gangguan penglihatan yang berlaku disebabkan oleh kelengkungan kornea. Ia menyebabkan seseorang mengalami penglihatan kabur pada sesetengah jarak dan sukar...

Kepentingan Menjaga Cermin Hadapan Kereta

Cermin hadapan kereta merupakan komponen yang perlu dijaga dengan baik demi menjamin penglihatan dan memastikan keselamatan pemanduan. Penglihatan pemandu boleh terjejas jika permukaan cermin...

Warisan Getam Tanjung Penaga

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor dalam mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada yang lebih tinggi bagi menghidupkan...

8 Tempat Percutian Menarik Di Langkawi

Setelah berbulan-bulan terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, rakyat Malaysia kini dapat menikmati percutian bersama keluarga melalui kebenaran gelembung pelancongan Langkawi. Pengumuman...

Cara Membrek Kereta Dengan Betul

Membrek ialah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pemandu bagi mengawal kenderaan. Teknik membrek yang betul bukan sahaja penting untuk keselamatan malah ia...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!