5 Makanan Yang Perlu Dielakkan Pada Waktu Malam

Tabiat pemakanan yang betul sangat penting dalam menjaga kesihatan badan. Memang tidak dapat dinafikan negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan yang menyebabkan orang ramai sukar mengawal nafsu dan tabiat pemakanan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan terutamanya pada waktu malam kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anda. Oleh itu, disenaraikan beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan seperti berikut:

1. Makanan Pedas

Panang pork.

Makanan pedas bercili dan berempah sememangnya sangat sinonim dengan cita rasa lidah rakyat Malaysia. Selain mempunyai rasa sedap dan bau enak, makanan jenis ini menjadi kegemaran ramai.

Walau bagaimanapun, makanan pedas perlu elak dimakan terutamanya pada waktu malam kerana ia boleh menyebabkan seseorang mengalami pedih ulu hati atau lebih dikenali sebagai ‘heartburn’. Ia juga akan menyebabkan seseorang mengalami kesukaran untuk tidur serta membuat perut rasa tidak selesa.

2. Makanan Berlemak dan Berminyak

Portion of crispy fish with chips

Makanan yang berlemak dan berminyak sering dikaitkan dengan peningkatan waktu untuk proses pencernaan terutamanya pada waktu malam. Ia juga akan menyebabkan tahap metabolisme semakin berkurangan, meningkatkan kadar kolesterol, mengganggu waktu tidur serta menjadi punca berlakunya obesiti.

Oleh itu, elakkan makan makanan seperti kentang goreng, burger, ayam goreng, kerepek dan sebagainya khususnya pada lewat malam demi menjaga sistem pencernaan anda.

3. Makanan Berkarbohidrat

An assortment of freshly baked breads. Shallow depth of field.

Makanan yang berasaskan karbohidrat sangat bagus untuk dimakan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga seharian. Namun demikian pengambilan makanan jenis ini pada waktu malam akan mengganggu sistem pencernaan kerana ia memerlukan masa yang lama untuk dicerna.

kalyani-akella-vCNLO20cuwY-unsplash

Selain itu, ia juga mempunyai indeks glisemik tinggi yang akan diserap dalam darah dengan kadar cepat. Karbohidrat bertukar menjadi lemak dan tersimpan di dalam badan yang akhirnya menyebabkan berat badan anda meningkat.

4. Makanan Manis

Delicious cupcakes in cardboard box

Makanan manis seperti kek, coklat, aiskrim dan sebagainya menjadi kegemaran ramai yang biasa dimakan sebagai snek pada bila-bila masa. Makanan jenis ini boleh meningkatkan kandungan gula dan tenaga dalam badan sekaligus menyebabkan anda berjaga sepanjang malam.

wesual-click-zgl4LvTL06c-unsplash

5. Minuman Berkafein

Chinese style hot coffee with tea on the circle table at the market

Minuman berkafein seperti kopi dan teh menjadi minuman rutin harian orang ramai untuk memberi kecergasan pada waktu pagi dan meningkatkan fokus bagi melakukan aktiviti seharian.

Namun demikian, minuman berkafein perlu dielakkan pada waktu malam kerana kandungan kafein boleh menjadikan minda anda lebih aktif dan akhirnya mengganggu kitaran tidur yang normal.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!