Jenis-Jenis Kerosakan Tayar Dan Cara Mengatasinya

Tayar merupakan komponen utama pada sesebuah kenderaan. Penjagaan tayar sangat penting demi melindungi pemandu dan penumpang serta mengelakkan kemalangan di jalan raya. Pengguna kenderaan perlu sentiasa mengawasi dan berwaspada terhadap kondisi tayar pada setiap masa. Disenaraikan beberapa jenis kerosakan yang biasa berlaku kepada tayar kenderaan dan cara mengatasinya seperti berikut:

1. Tayar Haus Tepi

Tekanan udara tayar yang bersesuaian sangat penting bagi memastikan pemanduan lancar di jalan raya. Tekanan udara yang berkurangan atau tidak bersesuaian akan menyebabkan tayar cepat haus atau botak di bahagian tepi tayar. Memandu dalam keadaan ini juga sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tayar pancit pada bila-bila masa.

Bagi mengatasi situasi ini, anda perlu sentiasa memeriksa tekanan udara tayar secara berkala supaya ia berada dalam keadaan baik serta dapat meningkatkan jangka hayat penggunaannya.

2. Tayar Haus Tengah

Tekanan udara yang berlebihan dalam tayar boleh menyebabkan tayar haus di bahagian tengah. Keadaan ini sangat bahaya kerana ia boleh mengundang risiko tayar meletup pada situasi tidak dijangka dan menyebabkan cengkaman tayar pada permukaan jalan semakin berkurangan.

Pastikan anda mengisi tekanan udara tayar pada bacaan yang betul mengikut panduan pengeluar kenderaan.

3. Tayar Haus Tidak Sekata

Keadaan tayar haus tidak sekata biasanya berlaku akibat masalah penjajaran roda atau dikenali sebagai ‘alignment’. Penjajaran roda perlu dilakukan secara berkala pada setiap kenderaan bagi memastikan tayar sentiasa berada dalam posisi yang betul.

Kedudukan tayar yang tidak seimbang akan memberi kesan pada pergerakan tayar sekaligus menyebabkan pemanduan kurang selamat dan berlakunya kerosakan tayar tidak sekata.

Sekiranya anda mendapati stereng kereta menghala ke satu arah atau terdapat kesan haus di sisi dalam atau luar tayar, anda perlu segera memeriksa penjajaran tayar untuk melaraskan semula roda di pusat servis bertauliah.

4. Kerosakan ‘Cupping Wear’

Sistem gantungan kereta atau juga dikenali sebagai suspensi kereta boleh mengalami kerosakan sekiranya ia tidak disenggara secara berkala. Pengabaian penjagaan komponen ini akan memberi kesan pada pergerakan tayar kereta dengan menghasilkan gegaran semasa memandu. Hal ini juga akan menimbulkan tekanan yang tidak rata pada tayar yang secara langSung menyebabkan berlakunya kerosakan ‘cupping wear’.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Punca Silau Mata Ketika Memandu

Rabun silau adalah satu masalah gangguan penglihatan yang berlaku disebabkan oleh kelengkungan kornea. Ia menyebabkan seseorang mengalami penglihatan kabur pada sesetengah jarak dan sukar...

Kepentingan Menjaga Cermin Hadapan Kereta

Cermin hadapan kereta merupakan komponen yang perlu dijaga dengan baik demi menjamin penglihatan dan memastikan keselamatan pemanduan. Penglihatan pemandu boleh terjejas jika permukaan cermin...

Warisan Getam Tanjung Penaga

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor dalam mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada yang lebih tinggi bagi menghidupkan...

8 Tempat Percutian Menarik Di Langkawi

Setelah berbulan-bulan terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, rakyat Malaysia kini dapat menikmati percutian bersama keluarga melalui kebenaran gelembung pelancongan Langkawi. Pengumuman...

Cara Membrek Kereta Dengan Betul

Membrek ialah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pemandu bagi mengawal kenderaan. Teknik membrek yang betul bukan sahaja penting untuk keselamatan malah ia...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!