Tips Mengelakkan Sakit Belakang Ketika Memandu Kereta

Sakit dan lenguh badan ketika memandu adalah perkara biasa yang dialami oleh pemandu kereta. Duduk dalam posisi yang sama bagi tempoh masa yang lama boleh menyebabkan berlakunya masalah ini terutamanya apabila melakukan perjalanan jauh atau berada dalam kesesakan lalu lintas. Bagi memastikan anda menikmati perjalanan dengan selesa ikuti beberapa tips mudah seperti berikut:

1. Betulkan Sudut Kerusi

Bagi mendapatkan sokongan untuk tulang belakang, anda perlu membetulkan sudut bahagian penyandar kerusi. Condongkan penyandar belakang pada sudut sekitar 100 hingga 110 darjah atau mengikut keselesaan anda supaya ia menyokong berat badan serta mengurangkan kesakitan.

2. Anjak Kerusi Ke Depan

Posisi kerusi yang betul memainkan peranan penting dalam mengurangkan sakit belakang. Tarik kerusi ke hadapan pada jarak yang bersesuaian dengan stereng. Pastikan tangan anda berada pada posisi jam 3 dan 9 pada stereng serta kaki anda selesa menekan pedal minyak. Posisi ini sangat penting bagi mengurangkan beban pada badan anda.

3. Gunakan Sokongan Belakang

Sokongan belakang terutamanya pada bahagian tulang ekor sangat penting bagi mengelakkan badan berasa cepat lenguh. Bagi mengatasinya, gunakan aksesori sokongan belakang seperti bantal, tuala atau kusyen khas untuk memperbetulkan postur pemanduan anda. Selaraskan kedudukan hingga bahagian pinggul sesuai dengan sokongan yang anda gunakan.

4. Rehat Sebentar

Sekiranya anda melakukan perjalanan jauh, rehatlah sebentar di kawasan Rehat & Rawat (R&R) untuk meregangkan otot-otot badan, termasuk kaki dan leher. Pergerakan badan sangat penting untuk melancarkan peredaran darah.

5. Mengalih Kedudukan Secara Berkala

Bergerak sedikit dan mengalihkan kedudukan secara berkala di tempat duduk anda akan mengurangkan rasa sakit belakang. Cuba lakukan pergerakan meregangkan badan selama 10 saat secara berkala agar anda selesa memandu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!