Patuhi SOP Demi Keselamatan Diri Dan Orang Tersayang

Jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat saban hari telah mewujudkan kebimbangan, kerisauan dan kemurungan dalam kalangan masyarakat. Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah menyebabkan orang ramai menjalani kehidupan norma baharu bagi mengekang penularan virus berbahaya ini.

Sudah hampir dua tahun negara berjuang menentang musuh halimunan yang ganas ini. Petugas barisan hadapan juga masih bertungkus-lumus siang dan malam untuk memastikan wabak ini dapat dikawal dan dihapuskan.

Pengorbanan petugas barisan hadapan ini perlu dihargai. Ia boleh dilakukan dengan cara menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa setiap kali kita melangkah keluar dari rumah.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, orang ramai perlu sedar bahawa vaksin merupakan ‘immunity booster’ yang melindungi kita daripada virus COVID-19. Perbuatan menyebarkan maklumat palsu atau tidak sahih mengenai vaksin mewujudkan kesalahfahaman dalam kalangan masyarakat.

Namun demikian, kita perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu serta mengelakkan pergi ke kawasan yang sesak, sempit dan bersembang pada jarak dekat walaupun telah mendapatkan vaksinasi lengkap kerana anda masih boleh dijangkiti dan menjangkiti orang lain.

Terdapat banyak kes jangkitan COVID-19 yang berlaku disebabkan sikap sambil lewa, mementingkan diri sendiri dan tidak ada rasa tanggungjawab dalam masyarakat. Rakyat perlu bangkit semula dan mengambil iktibar daripada penularan setiap kes yang berlaku. Anda perlu ingat, sikap alpa dan mementingkan diri sendiri hanya akan membantutkan usaha mengekang penularan rantaian COVID-19.

Kembali semula ke kehidupan lama tanpa pelitup muka adalah sukar dicapai jika kita tidak memberi kerjasama terhadap usaha kerajaan. Pelan Pemulihan Negara yang dikemaskini dari semasa ke semasa juga jelas menunjukkan usaha kerajaan untuk membaik pulih negara kita seperti sediakala. Marilah kita sama-sama menyokong inisiatif kerajaan dalam melindungi negara dengan mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, dapatkanlah vaksinasi dengan secepat mungkin supaya Malaysia dapat mencapai imuniti kelompok dalam jangka masa terdekat. Kita perlu berganding bahu menjaga kebajikan dan kesihatan diri sendiri serta ahli keluarga daripada dijangkiti COVID-19.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!