5 Komponen Kereta Yang Perlu Diperiksa Selepas Kenderaan Dinaiki Air Akibat Banjir

Cuaca yang tidak menentu sekarang telah menyukarkan perancangan perjalanan individu terutamanya apabila tiba musim tengkujuh. Kejadian banjir kilat di sesuatu tempat juga boleh membahayakan pemanduan di jalan raya. Terdapat beberapa situasi di mana kenderaan dinaiki air akibat banjir sekaligus mengakibatkan kerosakan komponen kereta. Disenaraikan berikut beberapa petua pemeriksaan yang perlu dilakukan selepas kejadian tersebut:

1. Minyak Pelincir

Kawasan banjir yang mempunyai kedalaman air yang tinggi boleh menyebabkan pencampuran air dalam sistem bendalir kereta. Lakukan pemeriksaan terhadap minyak enjin, bendalir brek dan minyak gear untuk mengesan sekiranya terdapat campuran air tersebut.

Segera gantikan minyak pelincir baharu kerana minyak yang telah dimasuki air akan menjejaskan fungsi pelincir. Anda juga boleh menghantar kereta ke pusat servis berdekatan bagi melakukan penukaran minyak pelincir secara teliti.

2. Penapis Udara

Penapis udara merupakan komponen penting kenderaan yang berfungsi sebagai pembersih udara dalam sistem penyaman udara. Ia juga berfungsi menapis segala habuk, debu, serpihan kecil, debunga dan lain-lain kotoran dari persekitaran luar daripada memasuki sistem penyaman udara.

Lakukan pemeriksaan segera terhadap penapis udara untuk memastikan ia tidak terkena air banjir tersebut.

3. Fius

Sistem elektronik kereta sangat penting bagi memberi sebarang amaran kerosakan terhadap komponen kereta. Terdapat kemungkinan percikan air terkena pada kabel atau fius selepas kereta dinaiki air banjir yang boleh menyebabkan berlakunya litar pintas atau kerosakan lain pada komponen elektrik kereta. Lakukan pemeriksaan awal bagi menghindari kerosakan lain.

4. ‘Electronic Control Unit’ (ECU)

Komponen Unit Kawalan Elektronik atau ‘Electronic Control Unit’ (ECU) adalah sistem elektronik utama kereta yang biasanya ditempatkan di dalam kabin atau ruangan enjin. Sistem elektronik di dalam kereta ini mungkin akan terdedah sekiranya kenderaan anda meredah banjir.

Jika ECU terkena percikan air atau air bertakung ia boleh mengakibatkan kerosakan yang memerlukan anda menanggung kos tinggi untuk penggantian ECU baharu.

Pada pelanggan SPANCO, anda dinasihatkan untuk TIDAK meredah banjir. Jika kenderaan terperangkap ketika banjir jangan hidupkan enjin dan semua alatan elektrik dalam kenderaan seperti lampu, radio, hon, penyaman udara atau apa jua yang dikuasakan tenaga elektrik. Terus hubungi Talian Bebas Tol 24 jam SPANCO di 1800-88-6999 untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!