Tips Memandu Ketika Hujan

Sebagai negara yang beriklim tropika Malaysia sentiasa menghadapi cuaca yang tidak menentu. Sebagai persediaan awal, pengguna jalan raya harus lebih bersedia untuk mengelakkan situasi tidak diingini terutamanya apabila hujan dengan mengambil beberapa langkah keselamatan seperti berikut:

1. Lakukan Pemeriksaan Pengelap Cermin

Pengelap cermin atau lebih dikenali sebagai ‘wiper’ adalah komponen penting dalam kenderaan yang berfungsi untuk membersihkan permukaan cermin hadapan. Ia juga sangat penting bagi memberi penglihatan yang lebih jelas terutamanya ketika hujan.

Biasan air hujan pada permukaan cermin hadapan terutamanya apabila hujan lebat boleh menyebabkan jarak objek di hadapan kelihatan lebih jauh daripada yang sebenarnya. Oleh itu, bagi memastikan pemanduan dalam hujan lebih mudah dan selamat, pastikan anda memeriksa keadaan pengelap cermin sama ada ia berada dalam keadaan baik agar dapat mengelap air hujan yang menghalang penglihatan anda.

2. Menekan Pedal Brek Dengan Perlahan

Permukaan jalan raya boleh menjadi sangat licin apabila hujan. Kenderaan boleh hilang kawalan sekiranya anda menekan pedal brek dengan cepat atau secara mendadak. Pastikan anda memandu dengan cermat ketika hujan lebat dan menekan brek secara perlahan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

3. Gunakan Penyaman Udara

Cermin hadapan berkabus ketika hujan adalah satu keadaan yang tidak diingini oleh para pemandu kerana ia boleh menjejaskan penglihatan mereka. Hal ini berlaku kerana suhu di luar tidak sama dengan suhu dalaman kenderaan.

Bagi memastikan cermin hadapan kereta tidak berkabus ketika memandu dalam hujan, anda harus menghidupkan penyaman udara dengan menetapkan suhu ke titik yang sesuai dengan bahagian luar kenderaan. Dengan ini, kabus pada cermin hadapan dapat dikurangkan dan memberi anda penglihatan yang lebih jelas.

4. Tayar Yang Sesuai

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda memeriksa keadaan tayar terutamanya ketika musim hujan. Pastikan tekanan angin tayar mengikut spesifikasi
yang betul dan tayar berada dalam keadaan yang baik iaitu melebihi had kehausan
1.6 milimeter bagi memastikan ia boleh mencengkam permukaan jalan raya yang licin. Tukar tayar kenderaan sekiranya telah haus kerana ia boleh menjejaskan keselamatan pemandu dan penumpang.

5. Kekalkan Jarak Selamat

Mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan lain adalah penting kerana jalan raya akan menjadi semakin licin ketika hujan. Oleh itu, patuhi peraturan jarak 5 saat antara kenderaan anda dengan kenderaan lain di hadapan untuk mengurangkan risiko kemalangan.

6. Peka Dengan Info Trafik

Cuaca yang tidak menentu menyukarkan anda meramalkan waktu hujan di sesuatu tempat. Bagi mendapatkan informasi yang tepat dari semasa ke semasa, pastikan anda peka dengan info trafik yang disampaikan menerusi saluran radio dalam kenderaan anda.

Sentiasa berwaspada dengan ramalan cuaca agar dapat merancang perjalanan anda dengan lebih baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!