Jalur Gemilang Identiti Negara

Bendera Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang adalah satu lambang dan identiti negara yang perlu disanjung oleh setiap warganegara. Ia telah mula direka bentuk pada tahun 1949 apabila Majlis Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menimbang dan menganjur peraduan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Majlis Perundangan Persekutuan telah menganjurkan pertandingan ini dan seramai 373 telah menyertainya. Sebanyak tiga reka bentuk bendera telah berjaya dipilih ke peringkat akhir daripada 373 penyertaan tersebut.

Majlis Perundangan Persekutuan seterusnya telah menjemput orang ramai untuk memberi pendapat terhadap reka bentuk pilihan mereka sebelum memilih juara pertandingan tersebut. Berdasarkan suara majoriti, pada 29 November 1949 rekaan bendera ketiga ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah, seorang arkitek dari negeri Johor telah menjadi juara pertandingan bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengubahsuaian telah dilakukan terhadap reka bentuk bendera tersebut atas sebab-sebab tertentu yang dikemukakan oleh jawatankuasa dan Majlis Raja-raja sebelum memuktamadkan reka bentuk bendera tersebut.

Flag of Malaysia

Selepas beberapa pengubahsuaian telah dilakukan pada tahun 1950, reka bentuk bendera ini telah mendapat kelulusan Raja George VI dan buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di pekarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai kanan British.

Secara umumnya, reka bentuk Jalur Gemilang mempunyai beberapa ciri penting yang perlu diketahui. Bendera Malaysia terdiri daripada empat jenis warna iaitu merah, putih, kuning dan biru. Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah.

Warna merah melambangkan keberanian dan kesiapsiagaan dalam menghadapi rintangan dan cabaran.

Warna putih pula menunjukkan kesucian, keluhuran, keikhlasan dan kesungguhan.

Warna kuning digunakan pada bulan dan bintang yang melambangkan warna Diraja.

Corak bintang dengan 14 penjuru pula melambangkan jumlah 13 negeri dan Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Bulan sabit dalam bendera pula melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

123782278_m

Warna biru tua di sebelah kiri bendera pula melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan taat setia pada negara, menjadi tugas kita untuk menghormati bendera Malaysia pada setiap masa. Sejajar dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, marilah kita sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara sepanjang bulan Ogos hingga September.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!