5 Punca Lampu Amaran ABS Menyala

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau ‘Anti-Lock Braking System’ adalah satu sistem keselamatan kenderaan yang berfungsi untuk memastikan tayar tidak terkunci di bawah daya pembrekan tinggi. Penjagaan sistem ini sangat penting untuk menjamin keselamatan di jalan raya. Ketahui beberapa punca atau sebab lampu amaran ABS menyala di papan pemuka (dashboard) kereta seperti berikut:

1. Kekurangan Bendalir Brek

Kegunaan utama bendalir brek atau minyak brek adalah untuk memastikan sistem brek kenderaan berfungsi secara optimum. Ia turut digunakan untuk memberi tekanan pada sistem ABS agar ia dapat membrek dengan lancar pada situasi kecemasan.

Terdapat bekas takungan cecair brek yang menahan bendalir brek untuk ABS. Sekiranya terdapat kebocoran pada bekas takungan ini, paras bendalir brek akan semakin berkurang dan lampu amaran ABS akan mula menyala untuk menunjukkan kekurangan bendalir brek.

Segera lakukan pemeriksaan cecair bendalir brek bagi mengatasi masalah tidak diingini berlaku.

2. Kerosakan Fius

Sekiranya terdapat masalah pada komponen kenderaan, lampu atau indikator amaran akan menyala sekejap sebelum terpadam pada papan pemuka.

Oleh itu, lampu ABS yang terus menyala selepas enjin dihidupkan adalah tanda fius ABS terbakar. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis berdekatan untuk mencegah kerosakan lain.

3. Kerosakan Modul ABS

Modul ABS boleh mengalami masalah atau kakisan berdasarkan jangka hayat kereta dan ia menjadi salah satu punca kerosakan sistem ABS. Sekiranya sistem modul ini mengalami kakisan, ia akan gagal menerima maklumat daripada sensor halaju dan menyebabkan lampu amaran ABS terus menyala.

Lakukan pemeriksaan awal untuk menggantikan modul ini serta menjaga sistem ABS daripada mengalami masalah kerosakan lain.

4. Pam Hidraulik Lama

Sensor kelajuan roda akan menghantar input kepada sistem ABS sekiranya terdapat salah satu roda kenderaan bergerak pada kelajuan yang berbeza daripada roda lain. Pam hidraulik akan diaktifkan oleh sistem ABS untuk memberi tekanan tambahan pada bendalir brek agar membolehkan roda mengekalkan daya tarikan apabila menyentuh permukaan jalan.

Oleh itu, pam hidraulik yang rosak atau lama akan menyebabkan lampu amaran ABS terus menyala dan memerlukan penggantian unit pam baharu untuk berfungsi dengan baik pada situasi tidak terduga.

5. Masalah Sistem Sensor Halaju

Terdapat sensor halaju yang dipasangkan dengan ABS untuk mengukur kadar pergerakan roda kenderaan. Maklumat seperti kelajuan roda akan dihantar kepada sistem komputer dan sistem ABS untuk mengenal pasti tahap kelajuan roda.

Sekiranya salah satu roda dikesan berpusing lebih perlahan daripada roda lain, sistem ABS akan meningkatkan tekanan bendalir brek agar roda dapat bergerak pada halaju normal. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat masalah pada sensor halaju, sistem ABS akan mengesan dan menyebabkan lampu amaran ABS menyala di papan pemuka untuk menunjukkan kerosakan sistem sensor halaju yang perlu diberi perhatian.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Punca Silau Mata Ketika Memandu

Rabun silau adalah satu masalah gangguan penglihatan yang berlaku disebabkan oleh kelengkungan kornea. Ia menyebabkan seseorang mengalami penglihatan kabur pada sesetengah jarak dan sukar...

Kepentingan Menjaga Cermin Hadapan Kereta

Cermin hadapan kereta merupakan komponen yang perlu dijaga dengan baik demi menjamin penglihatan dan memastikan keselamatan pemanduan. Penglihatan pemandu boleh terjejas jika permukaan cermin...

Warisan Getam Tanjung Penaga

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor dalam mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada yang lebih tinggi bagi menghidupkan...

8 Tempat Percutian Menarik Di Langkawi

Setelah berbulan-bulan terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, rakyat Malaysia kini dapat menikmati percutian bersama keluarga melalui kebenaran gelembung pelancongan Langkawi. Pengumuman...

Cara Membrek Kereta Dengan Betul

Membrek ialah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pemandu bagi mengawal kenderaan. Teknik membrek yang betul bukan sahaja penting untuk keselamatan malah ia...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!