Kepentingan Penyenggaraan Minyak Pelincir

Salah satu aspek penjagaan kenderaan yang utama adalah menukar minyak pelincir tepat pada masanya. Hal ini penting bagi memastikan komponen dalaman kereta berfungsi secara optimum. Pengabaian penyenggaraan minyak pelincir boleh menambahkan risiko kerosakan enjin pada situasi tidak terduga. Oleh itu, bagi memastikan enjin kereta anda berfungsi dengan lancar pada kapasiti optimum, ketahui beberapa kepentingan penyenggaraan minyak pelincir seperti berikut:

1. Menghalang Kakisan

Enjin kenderaan adalah satu komponen yang mudah terdedah pada kakisan daripada unsur semula jadi. Minyak enjin ataupun minyak hitam mempunyai pelindung semula jadi yang menghalang habuk, kotoran, zarah udara dan lain-lain partikel yang menjadi punca kakisan.

Kegagalan menukar minyak enjin boleh menyebabkan pengumpulan kekotoran akibat habuk dan bahan kotor tersumbat di dalam penapis minyak enjin sekaligus mengurangkan daya fungsinya. Oleh itu, penggantian minyak enjin secara berkala sangat penting untuk memastikan enjin anda dilindungi daripada berlakunya sebarang kerosakan.

2. Meningkatkan Jangka Hayat Kereta

Penukaran minyak pelincir sangat penting untuk menjaga komponen dalaman kereta serta meningkatkan jangka hayat kenderaan. Minyak pelincir berfungsi untuk melincirkan dan melindungi komponen dalaman kereta daripada kehausan dan kerosakan.

Pengumpulan kotoran seperti habuk dan debu akan menjadikan komponen dalaman enjin cepat rosak. Penyenggaraan minyak pelincir secara berkala sangat penting untuk mengurangkan beban enjin serta meningkatkan jangka hayatnya.

Engine piston cross section

3. Mengurangkan Geseran

Enjin kenderaan terdiri daripada komponen-komponen yang sentiasa bergerak dan bergeser antara satu sama lain pada kelajuan yang sangat tinggi. Minyak pelincir yang kotor atau tidak mencukupi akan meningkatkan geseran antara komponen-komponen tersebut dan boleh menyebabkan kerosakan enjin.

Semakin lama anda memandu, semakin banyak minyak pelincir akan terbakar. Memandu dengan tahap minyak pelincir yang kurang di dalam kenderaan anda boleh membahayakan dan menyebabkan masalah serius pada enjin. Pastikan anda melakukan penggantian minyak pelincir tepat pada masa bagi mengelakkan kerosakan lain.

4. Menyejukkan Enjin

Proses geseran dan pembakaran dalaman enjin anda menghasilkan banyak haba yang boleh merosakkan komponen dalaman sekiranya lebihan haba tersebut tidak dilepaskan dengan betul. Minyak enjin membantu mengelakkan pemanasan bahagian enjin anda secara berlebihan dengan mengurangkan geseran dan memindahkan haba kepada bahagian lain.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa menukar minyak enjin bagi mengelakkan pengumpulan kotoran serta dapat menyejukkan enjin daripada kepanasan melampau.

5. Menyingkir Bahan Cemar Dan Serpihan Logam

Geseran yang kerap berlaku di antara pelbagai komponen dalaman enjin boleh mengakibatkan pengumpulan serpihan-serpihan logam. Tanpa minyak enjin, serpihan tersebut akan kekal berada di celah-celah komponen enjin dan boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dijangka.

Oleh itu, minyak enjin sangat penting untuk membantu membersihkan serpihan-serpihan tersebut daripada komponen-komponen lain. Selain itu, ia juga akan membersihkan sebarang debu, habuk dan kekotoran lain daripada enjin dan memastikan komponen enjin berfungsi dengan baik.

Pastikan anda lakukan penyenggaraan berkala untuk membersihkan minyak enjin yang telah kotor agar ia dapat berfungsi secara berkesan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!