Perjuangan Petugas Barisan Hadapan

Selaras dengan tema Hari Kebangsaan ke-64 ‘Malaysia Prihatin’, SPANCO ingin mengambil peluang ini untuk menzahirkan penghargaan kepada wira negara iaitu petugas barisan hadapan yang masih bertugas bertungkus-lumus untuk membantu negara mengekang penularan COVID-19.

Dahulunya kita menyambut hari bersejarah ini demi mengenang perjuangan pahlawan yang mendapatkan kebebasan menentang penjajah. Namun demikian, ketika ini seluruh negara masih berjuang menentang ‘musuh dunia’ yang tidak kelihatan iaitu virus COVID-19 sejak bulan Disember 2019.

Semua petugas barisan hadapan dalam sektor kesihatan, keselamatan dan petugas balik tabir telah memainkan peranan penting dalam memastikan wabak ini dikawal secara sistematik. Selama hampir dua tahun, mereka telah menunjukkan semangat pengorbanan yang tidak terhingga untuk rakyat Malaysia yang disayangi setiap hari tanpa mengira penat lelah dalam menjaga kesejahteraan dan keselamatan negara.

Mereka juga sedaya upaya memastikan ibu pertiwi bebas daripada ancaman virus COVID-19 dengan bertugas tanpa mengenal rehat dan rasa letih selain berdepan risiko dalam usaha meringankan beban yang ditanggung pesakit serta menyelamatkan banyak nyawa.

Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat, marilah kita bersama-sama menyokong perjuangan wira kita yang tidak terhingga dengan mengambil vaksinasi supaya dapat mencapai imuniti kelompok secepat mungkin. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah menyediakan banyak pusat vaksinasi bagi membantu orang ramai mendapatkan vaksin dengan mudah.

Janganlah kita mempunyai sikap memilih terhadap jenis vaksin yang dibekalkan. Kesedaran rakyat terhadap kepentingan imunisasi dalam mengutamakan keselamatan semua pihak adalah sangat penting untuk menolong petugas barisan hadapan dan masyarakat lain bagi menjalani kehidupan seperti biasa. Bersama kita memerangi dan bebas daripada wabak COVID-19 pada masa akan datang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!