Mengenang Kembali Sambutan Hari Kebangsaan

Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk menyambut hari kebebasan daripada penjajahan. Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk meraikan Hari Kebangsaan. Walau bagaimanapun, sejak tercetusnya pandemik COVID-19 kita tidak dapat menyambut hari bersejarah ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Marilah kita sama-sama mengenang kembali sambutan kemerdekaan pra-pandemik seperti berikut:

Malaysia Flag, Jalur Gemilang

1. Mengibarkan Jalur Gemilang

Umum mengetahui bulan Ogos merupakan bulan sambutan kemerdekaan. Sepanjang bulan ini, semangat patriotik rakyat jelas dilihat melalui pengibaran bendera Jalur Gemilang di halaman rumah, kenderaan, basikal, pusat beli-belah, beg sekolah dan lain-lain tempat bagi memeriahkan sambutan ini.

2. Sambutan di Sekolah

Sambutan bulan kemerdekaan di peringkat sekolah menjadi salah satu kenangan indah oleh setiap antara kita. Guru-guru dan murid-murid akan memeriahkan hari ini dengan mengadakan banyak aktiviti bertemakan kemerdekaan. Aktiviti menarik seperti peragaan fesyen, gimik kemerdekaan, pertandingan melukis poster, kuiz merdeka, persembahan khas, mewarna mural dinding dan sebagainya sering diadakan.

Selain itu, nyanyian lagu-lagu merdeka sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang juga akan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid-murid.

123782278_m

3. Perarakan Hari Kebangsaan

Perarakan Hari Kebangsaan ialah perarakan tahunan yang biasanya diadakan di Dataran Merdeka pada setiap 31 Ogos sebagai tanda peringatan menyambut kemerdekaan negara.

Ribuan rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan agama akan berkumpul di lokasi sambutan di seluruh negara untuk menyambut hari bersejarah ini bersama-sama. Nyanyian lagu Negaraku, acara menaikkan Jalur Gemilang, bacaan ikrar Rukun Negara, laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali, persembahan khas, acara perbarisan dan perarakan yang pembawa Jalur Gemilang, bendera negeri dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang serta sebagainya dapat disaksikan pada tanggal 31 Ogos.

Saban tahun perarakan ini juga diadakan di setiap negeri supaya setiap lapisan masyarakat dapat turut serta dan meraikan kemeriahan sambutan ini.

4. Sambutan Kejiranan

Sambutan Hari Kebangsaan turut diraikan dengan meriah dalam kalangan kejiranan penduduk setempat atau kampung tanpa mengira bangsa dan agama.

Penduduk taman dan kampung akan mengambil bahagian dalam memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan ini dengan mengagihkan bendera Jalur Gemilang untuk dikibarkan di semua rumah bagi meningkatkan semangat patriotik.

Selain itu, mereka juga akan mengadakan pelbagai aktiviti berbeza mengikut kawasan masing-masing. Antara akitiviti popular yang biasa diadakan adalah aktiviti berbasikal, konvoi motosikal, larian kibar Jalur Gemilang, rewang, pertandingan penghasilan wau, pertandingan berwarna dan sebagainya dilakukan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penduduk setempat.

Meskipun negara sedang dilanda pandemik COVID-19, sambutan Hari Kebangsaan perlu disemarakkan sebagaimana sebelum ini. Marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk negara agar kita dapat mengharungi cabaran ini dan generasi baharu dapat merasai kemeriahan kemerdekaan seperti sediakala.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Punca Silau Mata Ketika Memandu

Rabun silau adalah satu masalah gangguan penglihatan yang berlaku disebabkan oleh kelengkungan kornea. Ia menyebabkan seseorang mengalami penglihatan kabur pada sesetengah jarak dan sukar...

Kepentingan Menjaga Cermin Hadapan Kereta

Cermin hadapan kereta merupakan komponen yang perlu dijaga dengan baik demi menjamin penglihatan dan memastikan keselamatan pemanduan. Penglihatan pemandu boleh terjejas jika permukaan cermin...

Warisan Getam Tanjung Penaga

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor dalam mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada yang lebih tinggi bagi menghidupkan...

8 Tempat Percutian Menarik Di Langkawi

Setelah berbulan-bulan terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, rakyat Malaysia kini dapat menikmati percutian bersama keluarga melalui kebenaran gelembung pelancongan Langkawi. Pengumuman...

Cara Membrek Kereta Dengan Betul

Membrek ialah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pemandu bagi mengawal kenderaan. Teknik membrek yang betul bukan sahaja penting untuk keselamatan malah ia...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!