Jangan Abaikan 6 Tanda Kerosakan ‘Fead Belt’ Kereta

Fead belt’ merupakan salah satu komponen kereta yang menghubungkan kipas penyejuk enjin ke alternator dan ‘crankshaft pulley’. Ia berfungsi untuk memutar alternator, pemampat pendingin hawa serta pam air. Komponen ini perlu dijaga dengan baik untuk mengelakkan kerosakan komponen kereta yang lain. Oleh itu, ketahui beberapa tanda yang menunjukkan ‘fead belt’ mengalami kerosakan seperti berikut:

1. Lampu Berkelip

Lampu hadapan kereta yang berkelip selepas menghidupkan enjin adalah antara tanda amaran awal yang menunjukkan ‘fead belt’ perlu diganti. Hal ini juga boleh berlaku apabila lampu papan pemuka berkelip-kelip semasa anda memandu kereta atau semasa kereta dalam keadaan tidak bergerak.

Masalah ini wujud disebabkan oleh kegagalan penghubung antara alternator dan ‘fead belt’. Segera lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan untuk menggantikan komponen ini.

2. Kesukaran Memutarkan Stereng

Kesukaran memutar stereng ke hala yang diingini merupakan salah satu tanda ‘fead belt’ mengalami kerosakan. Hal ini berlaku apabila ‘fead belt’ terkeluar daripada posisi asalnya.

Pastikan anda melakukan pemeriksaan awal untuk membaiki kedudukan ‘fead belt’ atau menggantikannya dengan yang baharu supaya ia berfungsi secara optimum.

3. Kesukaran Menghidupkan Kereta

Alternator merupakan komponen penting yang berfungsi sebagai penjana tenaga elektrik untuk bateri dan sistem elektrik kereta. ‘fead belt’ yang rosak atau haus akan mengurangkan fungsi alternator untuk menjana tenaga elektrik sehingga menyebabkan enjin kereta sukar dihidupkan.

Sekiranya anda membiarkan isu ini berlanjutan enjin kenderaan akan mengalami kerosakan lebih teruk.

4. Enjin ‘Overheat’

Apabila pam air tidak berfungsi kerana ‘fead belt’ haus, kereta anda tidak dapat menyejukkan enjin dengan betul. Peningkatan suhu enjin boleh dilihat menerusi indikator suhu pada papan pemuka dari semasa ke semasa.

Lakukan pemeriksaan terhadap ‘fead belt’ disamping memeriksa tahap bahan penyejuk, radiator, hos getah dan lain-lain komponen yang berkait dengan suhu enjin.

5. ‘Fead Belt’ Merekah

‘Fead belt’ akan merekah, haus, berbulu dan kelihatan hampir putus apabila ia digunakan bagi tempoh masa yang lama. Lakukan pemeriksaan secara kerap bagi memastikan kesan tanda-tanda kehausan pada tali sawat ini supaya tidak berlaku kerosakan pada situasi tidak terduga.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!