Hayati Perjuangan Tokoh Tempatan Sempena Bulan Kemerdekaan

Kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 pada tanggal 31 Ogos 2021. Sambutan kali ini merupakan satu perjalanan panjang dari perit getir perjuangan dan pengorbanan petugas barisan hadapan serta rakyat Malaysia yang masih berjuang dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun ini.

Sambutan kemerdekaan bukanlah sekadar laungan untuk membangkitkan semangat dalam kalangan rakyat tetapi ia perlu disulami dengan penghayatan pengorbanan pejuang kemerdekaan. Marilah kita sama-sama hargai kebebasan yang dikecapi kini dengan menghayati erti sebenar kemerdekaan negara dan detik-detik kemenangan negara agar semangat cintakan tanah air tidak luntur.

Edisi khas Prihatin kali ini akan mengetengahkan pencapaian pejuang pemimpin tanah air dahulu yang banyak berkorban dalam mencapai kemerdekaan. Sejarah Malaysia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Kestabilan dan kemakmuran negara kita telah menarik kedatangan pelbagai kuasa barat yang bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan bagi meluaskan kuasa dan pengaruh mereka di Alam Melayu.

Melaka merupakan salah satu pelabuhan strategik di Selat Melaka yang mempunyai potensi untuk dijadikan pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah ratus di Asia Tenggara. British berjaya meluaskan kuasa mereka di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka untuk mengaut keuntungan hasil perdagangan serta telah menjadi penjajah yang menjajah Malaysia bagi tempoh masa lama daripada penjajah lain.

37253745_m
Tugu Negara

Bukan sekadar mengaut keuntungan, kehadiran British pada tahun 1786 juga telah mencampuri semua urusan pentadbiran negara yang berada dalam kuasa Raja-Raja Melayu bagi menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk dan pembesar tempatan. Melalui penjajahan British ini, lahirlah tokoh-tokoh pejuang tempatan di setiap negeri seperti Tok Janggut, Dol Said, Mat Salleh, Dato’ Bahaman, Raja Mahadi, Rosli Dhoby, Sharif Masahor, Rentap, Datuk Maharajalela, Dato Sagor dan lain-lain yang menentang penjajahan dan campur tangan British untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air.

download
Sumber: Facebook Friends of IMPAK, Pahlawan Naning Dol Said

Walaupun tokoh tempatan dahulu gagal menentang kuasa British, penduduk telah mengambil iktibar untuk mendapatkan pendidikan dan menentang penjajah melalui kuasa pendidikan melalui pembangunan negara dan kesedaran politik pada era sekitar 1920-an dan 1930-an. Golongan berpendidikan seperti Syed Sheikh, Haji Abas, Zainal Abidin Ahmad, Abdul Hadi Hassan dan sebagainya mula memperjuangkan semangat nasionalisme melalui media cetak untuk menyebarkan ideologi mereka.

Terdapat juga pembentukan persatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS), Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan lain-lain ditubuhkan bagi mengusir penjajah dalam negara. Pada masa tokoh-tokoh berpendidikan ini berjuang untuk negara, penduduk Tanah Melayu dikejutkan lagi dengan kemasukan tentera Jepun ke negara pada 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia I.

Tentera Jepun akhirnya berundur dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 kesan peristiwa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan juga merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan British kepada pemerintah Jepun.
Selepas British menguasai semula Tanah Melayu, cadangan menubuhkan Malayan Union dikemukakan pada Oktober 1945.

Buat pertama kalinya dalam sejarah nasionalisme melayu, orang melayu dengan lantang mengetepikan kepentingan kenegerian dan bersatu menentang rancangan Malayan Union kerana terdapat penghapusan institusi diraja dan hak keistimewaan orang-orang Melayu.

Perjuangan menentang persatuan ini akhirnya telah menjayakan pembatalan Malayan Union dan British telah mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu melalui perjanjian yang ditandatangani pada 21 Januari 1948, dikenali sebagai Perjanjian Tanah Melayu.

tunku-abdul-rahman-bapa-kemerdekaan-negara-356
Sumber: iluminasi.com, Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Ketua Menteri menguatkan lagi semangat rakyat untuk berjuang habis-habisan menentang apa juga serangan penjajah. Beliau memulakan usahanya melalui rundingan dengan kerajaan British di London pada Januari 1956.

Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan ia telah memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Sekembalinya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari London, Tunku telah membuat pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 31 Ogos 1957, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menjadi saksi ribuan rakyat menyahut laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di hadapan 20 ribu rakyat jelata. Seluruh rakyat Malaysia berasa terharu dan bersorak gembira sambil menitis air mata apabila bendera Persekutuan dinaikkan semasa membuat laungan MERDEKA.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasminya dalam sebuah negara baru. Diikuti dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru di mana Islam merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam seratus das dilepaskan. Maka, berakhirlah sudah era penjajahan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!