Tips Penjagaan Cermin Hadapan Kereta

Cermin kereta merupakan komponen utama yang perlu dijaga dengan baik demi memastikan keselamatan pemanduan. Penglihatan pemandu boleh terjejas jika permukaan cermin kereta tidak dibersihkan dengan betul. Oleh itu, ketahui beberapa tips penjagaan komponen ini seperti berikut:

1. Bersihkan Pengilap Cermin

Pengilap cermin atau lebih dikenali sebagai ‘wiper’ sangat penting untuk membersihkan permukaan cermin hadapan dan membantu memberi penglihatan lebih jelas semasa hujan.

Alat ini perlu dibersihkan secara kerap kerana terdapat pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu di bawah bilah yang mampu meninggalkan kesan calar pada cermin hadapan.

2. Letak Kereta di Kawasan Teduh

Elakkan meletak kenderaan di kawasan lapang kerana cahaya matahari boleh merosakkan kualiti cermin hadapan. Pendedahan yang lama terhadap sinar matahari mampu mengurangkan daya ketahanan cermin hadapan kerana lapisan pelindung cermin akan mudah rosak dan retak.

Oleh itu, biasakan meletak kenderaan anda di kawasan yang teduh seperti di bawah pokok atau tempat bersesuaian lain bagi meningkatkan jangka hayat cermin hadapan kereta anda.

3. Perbaiki Cermin Retak

Batu-batuan kecil yang terkena pada cermin hadapan semasa memandu di jalan raya mampu menyebabkan cermin tersebut retak. Kesan retak ini mungkin kecil tetapi ia boleh membawa kesan yang lebih bahaya jika dibiarkan begitu sahaja.

Hal ini kerana cermin anda tidak dapat melawan tekanan angin hingga mengakibatkan ia pecah pada bila-bila masa. Segera gantikan cermin baharu bagi memastikan ia selamat digunakan.

4. Elakkan Penggunaan Bahan Pencuci Merbahaya

Bahan penjagaan atau pencuci cermin adalah sejenis cecair yang selalu digunakan oleh pengguna kenderaan untuk membersihkan bahagian cermin hadapan. Namun pemilihan bahan pencuci yang betul perlu dititikberatkan sebelum penggunaan kerana terdapat beberapa produk ini mungkin mengandungi bahan kimia bahaya seperti ammonia.

Kandungan ammonia pada cecair pencuci boleh merosakkan pelindung cermin serta ia sangat bahaya untuk kesihatan apabila kita menghidu bau bahan kimia ini. Pastikan anda memilih bahan pencuci yang betul untuk melindungi cermin hadapan kereta anda daripada sebarang kerosakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!