Destar Warisan Balong Raja

Dalam usaha mengangkat, menyuburkan dan memartabatkan warisan destar ke persada lebih tinggi, SPANCO menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor, bagi melaksanakan inisiatif menyuburkan warisan budaya ini menerusi paparan koleksi 12 jenis destar sepanjang tahun 2021 dalam PRIHATIN iaitu satu destar pilihan dalam setiap bulan. Bagi edisi kelapan kali ini, PRIHATIN mengetengahkan koleksi destar tanjak Balong Raja.

Tanjak merupakan salah satu hiasan kepala yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat di seluruh dunia, termasuk Alam Melayu untuk menutup kepala atau mengikat rambut supaya kelihatan kemas. Tanjak Balong Raja adalah tanjak yang diperkenalkan pada era pemerintahan Sultan Selangor iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj sejak tahun 1960 hingga 2001.

Tanjak berwarna kuning keemasan menjadi sebahagian pakaian rasmi Sultan Selangor dalam majlis adat istiadat dan acara-acara rasmi seperti istiadat pertabalan, hari keputeraan dan lain-lain yang melibatkan istana Selangor.

Nama asal tanjak ini dikatakan berasal daripada tanjak Balong Ayam, negeri Perak berikutan berlakunya perkahwinan diraja antara kerabat negeri Selangor dan Perak.

Perkataan ‘balong’ bermaksud bahagian daging yang tumbuh berwarna merah di atas kepala ayam, ‘raja’ pula bermaksud orang yang memerintah sesuatu negeri atau negara. Oleh itu, perkataan Balong Raja itu merujuk pada tanjak itu sendiri yang berada di atas kepala raja atau sultan yang memakainya.

201105SPANCO-0354e (path)
Ikatan tanjak tersisip kemas dan rapi

Keunikan tanjak ini terletak pada daun destar yang menghala ke bawah, pucuknya kelihatan seperti bergulung dan ia mempunyai ikatan tanjak tersisip kemas dan rapi.

Berdasarkan Hikayat Melayu, pemakaian destar ini adalah merupakan suatu perkara yang sudah lama diamalkan dalam Alam Melayu dan merupakan salah satu warisan yang penting dan wajar dipertahankan nilai-nilai estetika dan keasliannya.

Oleh itu, ia telah menjadi kewajipan pada semua penggiat aktiviti warisan dan seni budaya Melayu dan orang ramai umumnya untuk menjaga dan memelihara warisan ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!