5 Jenis Makanan Berasaskan Durian

Musim durian telah kembali semula dan ramai ‘hantu durian’ mula menyerbu kedai-kedai berhampiran untuk menikmati keenakan raja buah ini. Selain makan durian begitu sahaja kini ramai telah menginovasikannya dengan memasak dalam pelbagai jenis hidangan. Disenaraikan beberapa jenis makanan yang boleh anda cuba nanti seperti berikut:

1. Kek Durian

Durian Cake

Kek durian merupakan antara makanan yang digemari ramai pada musim durian kerana ia sangat enak untuk dimakan dan mempunyai rasa isi durian yang sangat kuat. Peminat durian suka membuat kek jenis ais krim, keju, ‘sponge’ dan sebagainya mengikut selera masing-masing apabila tibanya musim ini.

Terdapat juga banyak kedai kek yang membuat jualan edisi khas pada musim ini bagi meningkatkan selera makan pelanggan mereka. Jangan lepaskan peluang menarik ini untuk menikmati kek durian sebelum terlewat!

2. Krep Durian

durian crepe httpnazliahabdul.blogspot.com
Sumber: nazliahabdul.blogspot.com

Krep durian atau dikenali sebagai ‘durian pancake’ adalah sejenis makanan ringan popular yang berupa isi durian disaluti dengan kulit tepung. Lempeng krep yang diperbuat daripada tepung, santan dan telur mempunyai tekstur lembut diikuti dengan isinya yang diperbuat daripada ‘whipping cream’ dan durian sangat enak untuk dimakan begitu sahaja.

Makanan ini juga sangat terkenal sebagai pencuci mulut di negara asia lain seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan sebagainya.

3. Tart Durian

tart recipesbylucelle.wordpress.com
Sumber: recipesbylucelle.wordpress.com

Tart adalah sejenis pastri terkenal di negara barat yang mempunyai pelbagai jenis perisa seperti buah-buahan, coklat, kastard, telur, keju dan sebagainya. Ia biasanya dimakan sebagai pencuci mulut.

Tart juga enak dimakan bersama inti durian yang mempunyai rasa lemak manis durian di tengah-tengah pastri yang lembut.

4. Kuih Seri Muka Durian

kuih cikmatahariku.blogspot.com
Sumber: cikmatahariku.blogspot.com

Kuih merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia yang biasa dimakan pada waktu pagi atau petang. Terdapat banyak jenis kuih yang dinikmati oleh orang ramai tetapi kuih seri muka menjadi pilihan majoriti kerana ia adalah salah satu kuih yang sangat ‘versatile’.

Selain masaknya dengan perisa pandan ia juga boleh dipelbagaikan dengan perisa lain seperti durian, keladi, jagung dan sebagainya. Seri Muka Durian jarang didapati kecuali pada musim durian. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memasak kuih ini cuba selagi adanya durian di pasaran.

5. Bubur Manis Durian

20180325_122515
Sumber: emiliaputeri.blogspot.com

Bubur manis adalah juadah yang terkenal sebagai pencuci mulut dan pembuka selera di negara kita. Ia juga merupakan antara hidangan paling sesuai untuk menonjolkan rasa kuat durian yang sesuai dimakan ketika cuaca sejuk.

Diperbuat daripada santan, gula dan isi durian sebagai bahan utama, hidangan ini mempunyai rasa lemak manis yang lazat. Bubur manis durian juga sesuai dimakan bersama pulut atau dicicah dengan roti putih.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!