Jenis-Jenis Aksesori Kereta Yang Bahaya Digunakan

Ramai antara kita yang memasang aksesori tertentu pada kereta masing-masing. Tahukah anda, terdapat aksesori-aksesori kereta yang boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu dan penumpang seperti berikut:

1. Karpet Yang Tidak Sesuai

Vinyl car mat

Penggunaan karpet yang tidak sesuai atau tidak mengikut saiz sebenar boleh menyebabkan kaki pemandu tersangkut ketika membrek atau menekan pedal minyak.
Situasi ini boleh menyebabkan berlakunya kemalangan atau kecelakaan yang tidak diingini.

Pastikan anda memasang karpet mengikut saiz yang betul dan menggunakan aksesori bersesuaian.

2. Pelapik Papan Pemuka

82621237_2698366720283346_4966329198999240704_n
Sumber: Facebook K.Y Car Accessories & Services

Adakah anda seorang yang gemar menghias kenderaan mengikut tema? Ramai sanggup memasang ‘dashboard cover’ atau pelapik papan pemuka bagi mencantikkan ruang tersebut.

‘Dashboard cover’ adalah aksesori yang boleh menghalang pelepasan ‘air bag’ atau beg keselamatan apabila berlakunya kemalangan. Ia boleh menyebabkan pemandu dan penumpang mengalami kecederaan yang lebih teruk apabila ‘air bag’ tidak berfungsi pada situasi yang sepatutnya.

3. ‘Dummy Buckle’

650791a84b5f4dc795817d4d5c42317a_800
Sumber: www.wapcar.my

Berasa jengkel dengan bunyi amaran apabila anda tidak memasang tali pinggang keledar? Adakah anda golongan yang menggunakan ‘dummy buckle’ atau alat nyah aktif penggera tali pinggang untuk mengelak bunyi tersebut? Berhenti gunakan ‘dummy buckle’ dengan segera kerana pemakaian tali pinggang keledar yang betul akan memastikan keselamatan pemandu dan penumpang lebih terjamin apabila berlakunya kemalangan.

Bukan sekadar itu, anda juga tidak boleh melakukan tuntutan insurans jika mereka mendapati anda menggunakan aksesori tersebut ketika kemalangan berlaku.

4. Hiasan Cermin

Air freshener hanging in car against windshield. Space for text

Aksesori seperti rantai, fon telinga, tag nama, wayar pengecas telefon dan lain-lain diletakkan pada cermin pandang belakang sebagai tempat pemegang barang tersebut atau sebagai perhiasan.

Objek-objek ini boleh menghilangkan tumpuan semasa memandu lebih-lebih lagi apabila anda ingin melaraskan cermin tersebut untuk penglihatan lebih baik.

5. Pelekat Stereng

61xxT3R1qBL._AC_SL1100_
Sumber: www.ubuy.co.id

Terdapat pelbagai jenis aksesori kereta di pasaran yang dijual untuk mengaut keuntungan. Ia juga termasuk penjualan pelekat stereng yang digunakan untuk menyerlahkan kecantikan kenderaan anda.

Peralatan ini sangat berbahaya untuk digunakan terutamanya apabila berlaku kemalangan kerana ‘aksesori’ tersebut boleh mencederakan pemandu dan penumpang pada situasi tidak terduga.

Oleh itu, elakkan penggunaan aksesori-aksesori yang tidak diperlukan demi melindungi keselamatan pemandu dan penumpang dalam kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!